Alangkah bahagianya kalau saya dapat putar kembali waktu ini ke tahun 1996. Berakhirnya SPM tahun 1996 maka berakhirlah sudah perjuangan saya sebagai salah seorang pelajar di SMKASL. (Saya memang tidak bercadang untuk masuk ke Tingkatan 6). Alhamdulillah, keputusan SPM saya baik..kalau tidak..
Sebenarnya selepas mendapat keputusan PMR, saya pujuk abah untuk pindah ke sekolah lain. Tapi..abah lebih suka saya terus belajar di SMKASL. Entah kenapa pada waktu itu saya terikut-ikut kawan sahaja. Selepas 2 minggu di tingkatan 4, saya mula rasa YAKIN bahawa SMKASL adalah sekolah menengah yang terbaik bagi saya.
Hari ini, bila saya lihat semula mural yang saya & kawan² lukis pada tahun 1994 saya tersenyum sendiri. Ya, memang betul...kecemerlangan saya memang bermula di SMKASL. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua guru yang pernah mengajar saya selama ni. Jasa guru² takkan saya lupakan.
Hasil contengan saya bersama kawan-kawan selepas tamat peperiksaan PMR 1994.
K.E : itulah nama panggilan saya semasa di SMKASL. Ada 4 orang pelajar lain yang juga mempunyai nama yang sama [LAILI].
K.E : itulah nama panggilan saya semasa di SMKASL. Ada 4 orang pelajar lain yang juga mempunyai nama yang sama [LAILI].
0 Comments