Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat sampai ke rumah dari Pulau Pangkor lebih kurang pukul 4.15 petang. Saya rasa percutian kali ni lebih seronok berbanding percutian hujung tahun lepas - ke Cameron Highlands. Anda boleh baca entry percutian sebelum ni di SINI.
Amir tinggalkan jejak tapak tangan
Hari kedua di Pulau Pangkor kami menaiki bot mengelilingi pulau (bayaran hanya RM30) & berhenti di Pulau Giam selama 1 jam. Peluang ni kami gunakan untuk mengajar Amir berenang. Saya sendiri sebenarnya tidak berapa pandai berenang tapi disebabkan adanya 'life jacket' yang dipakai, rasa berani sikitlah.
Ayah ajar Amir berenang
Amir memang seronok dapat berenang. Mula-mula agak takut juga tapi bila dah seronok main air sampaikan tak nak balik pula. Petang tu memang kami habiskan masa dengan mandi laut sahaja. Malamnya, masing2 keletihan & masih sempat menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia.
Teringat kenangan semasa Bina Insan Guru yang diadakan oleh maktab semasa KPLI-KDC di tempat yang sama - Pulau Pangkor. Tak pernah terjangka pun yang kami akan dibawa ke tengah laut selepas selesai aktiviti 'water confidence'. Semasa aktiviti tersebut, saya memang tidak rasa yakin langsung (masih dibayangi kenangan waktu kecil). Kami dibawa menaiki bot & sampai di tengah laut kami disuruh berenang dari tengah laut menuju ke pantai. Rasa macam nyawa di hujung tanduk aje waktu tu. Berbekalkan sedikit keyakinan, akhirnya saya berjaya berenang sampai ke pantai.
1 Comments
Wonderful, what a webpage itt is! This webpage presents
ReplyDeletehelpful data to us, keep it up.