e-Penyata Gaji Untuk Penjawat Awam

Entri ni ditujukan untuk semua kakitangan awam di seluruh Malaysia. Mulai Oktober 2010 penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan (slip gaji) tidak akan dihantar oleh Pejabat Perakaunan kepada penjawat awam seperti kebiasaannya.



Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3 / 2010  : Pelaksanaan Sistem e-Penyata Gaji  dan eLaporan telahpun memaklumkan pelaksanaan dan panduan menggunakan sistem baru ini. Anda dinasihatkan untuk membaca keseluruhan Surat Pekeliling tersebut untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang pelaksanaan sistem ini.

Petikan Terma Rujukan Pengguna

Cara mendaftar e-Penyata Gaji

1. Pergi ke laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).


untuk terus ke Daftar Masuk e-Penyata Gaji

2. Kemudian, click pada Pertama Kali Mendaftar.


3. Lengkapkan ruangan kosong dan setelah selesai click OK.



4. Anda akan lihat gambar di bawah setelah berjaya mendaftar. Click Daftar Masuk (seperti langkah no. 2) menggunakan No. K/P dan Kata Laluan semasa pendaftaran dibuat.

 



Cara menyemak e-Penyata Gaji

1. Pergi ke laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Masukkan No. K/P dan Kata Laluan, kemudian click Daftar Masuk.




untuk terus ke Daftar Masuk e-Penyata Gaji

2. Anda akan lihat e-Penyata Gaji anda seperti contoh di bawah. Anda boleh pilih tahun dan bulan bagi penyata bulanan yang anda kehendaki. Sila perhatikan betul-betul bahagian yang dikotakkan dengan warna merah.




* Untuk lebih faham, sila rujuk Tatacara Penggunaan Sistem e-Penyata Gaji. Selamat mendaftar dan sila simpan kata laluan anda elok-elok.

Post a Comment

14 Comments

  1. wahh. bagus nih..termasuk cikgu?

    ReplyDelete
  2. ohcikgu : ye..cikgu pun kakitangan awam juga, kan? :)

    ReplyDelete
  3. bagaimana pula dgn sy yg bru mnerima gaji pertama...utk mendaftar perlukn no gaji...so di mane blh sy dapat kn no gaji tersebut..?? (wawa)

    ReplyDelete
  4. wawa : anda boleh dapatkan no. gaji dari pusat pembayar gaji anda. sila rujuk gambar Petikan Terma Rujukan Pengguna dalam entry saya tu.

    ReplyDelete
  5. bagus la tuh...jimat kertas...saya dah guna hampir 4 tahun e-slip gaji ni..memang senang tak yah selak2 atau bukak2 fail lagi.

    ReplyDelete
  6. din : ya..perubahan yg membawa kebaikan untuk semua :)

    ReplyDelete
  7. haiii...amacm nk dpt chek slip gaji bagi kakitngn awm negeri?

    ReplyDelete
  8. kena rujuk ke bahagian gaji kerajaan negeri & bukan dari laman web anm.

    ReplyDelete
  9. imam rawatib ade tak pnyata gaji?

    ReplyDelete
  10. sy blum bekerja, tapi susah juga nk masuk penjawat awam ni

    ReplyDelete
  11. dah bnyk kali sy try daftar tp asyik gagal je... atm blh daftar untk slip gk ke x ni??

    ReplyDelete
  12. kalau nak check penyata tahunan gaji kitapada tahun 2001 macam mana

    ReplyDelete
  13. penyata gaji ni mcam tidak termasuk tentera. Macam mana tentera dapat buat semakan online?

    ReplyDelete