Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Amir (2010)

Saya masih dalam mood teruja, gembira dan segala mood yang baik. Petang semalam, waktu ambil Amir dari sekolah PASTI, cikgu beritahu kertas peperiksaan akhir tahun telahpun diberikan. Agak terkejut juga pada mulanya kerana saya sangka Amir tak perlu menduduki peperiksaan tersebut. Maklumlah, Amir baru 3 minggu mendaftar ke sekolah tersebut (pada 27/9/2010). Sila baca entri Amir mula ke sekolah.


Masuk dalam kereta, saya terus buka beg sekolah Amir dan keluarkan kertas periksa yang dimaklumkan oleh cikgu Amir tadi. Alhamdulillah..keputusan periksa Amir sangat menggalakkan. Baru 3 minggu sekolah, dia mampu mendapat markah yang tinggi. Ini memang hadiah paling berharga dari Amir yang akan saya ingat sampai bila-bila. Mungkin inilah berkat saya beri Amir minum susu ibu sehingga 2++ tahun :)  

Jom tengok beberapa keping gambar Amir menulis (ke menconteng?).

Post a Comment

5 Comments

  1. wahh..pandainya dia...
    ye...sokong susu ibu...

    ReplyDelete
  2. mastura : susu ibu adalah yang terbaik

    ReplyDelete
  3. wah, good good..saya pun nanti berdebar la jugak. 4 tahun pun ada exam eh?
    Asyraf takde la plak homework hari2. cuma hari jumaat baru bawak balik homework, yg lepas2 yg dia miss sebelum masuk sekolah

    ReplyDelete
  4. Liyana : ye..4 tahun pun dah mula periksa. insya Allah Asyraf pun boleh dpt keputsan cemerlang juga nnt.

    ReplyDelete