10 Cara Memikat Hati Mertua


Mesti ramai yang ingin tahu bagaimana cara memikat hati mertua, kan? Entri ini saya tujukan kepada anda yang bakal mendirikan rumahtangga (dah menjadi tunangan orang), baru melangkah ke alam perkahwinan dan yang dah lama berkahwin (mana tahu sampai sekarang belum berjaya memikat hati mertua, kan?). 

 
Di sini saya kongsikan beberapa cara untuk memikat hati mertua (sama ada ibu atau ayah mertua) yang boleh sama-sama kita diamalkan.

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya

Mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.

2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama

Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain batik atau pelikat sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda

Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka

Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.

5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya

Dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.

6. Berkongsi minat dengannya

Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Ingat hari-hari penting yang berkaitan dengan mereka

Contohnya seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda

Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.

9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut

Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk, kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.

10. Cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri

Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi mereka walaupun sekadar bertanya khabar sahaja.

* Entri ini pernah diterbitkan pada tahun 2010.

Post a Comment

26 Comments

  1. kekadang kita je yg anggap diorg darah daging, tp kita dianggap org gaji (lebih2 lagi sbb kita ni slalu balik.. tiba time anak2 yg jarang2 balik tu ada - cth. time raya, kita plk yg kena buat semua benda utk yg lain tu.. x ubah mcm kita ni org gaji la) amacam? terus x pandang dah kita ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol. Sokong 100% .bila ad org gaji kita di buat musuh.
      Bila bibik dh tade bek2 dgn kita bt kita mcm org gaji. Semua kerja kita kena bt. Ank2 yg len pun sama. mkn ta reti basuh pggn mcm ade bibik plak dlm umah tu

      Delete
    2. Sokong sangat...

      Delete
  2. nice tips..
    boleh dipraktikkan :)

    ReplyDelete
  3. Dua orang yang jangan dilawan kata diorang : Mertua dan Bos. hehe kena pandai2

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah berjaya tinggal sebumbung dgn ibu mertua

    ReplyDelete
  5. good info..tq share..walau da lme kawen pun still bleh di jadikan panduan

    ReplyDelete
  6. tips nak kahwin pun ada...bagus blog ciklaili..

    http://www.cikgunabil.com/

    ReplyDelete
  7. nice tips untuk masa depan kak hehe...

    ReplyDelete
  8. nak try ne...kot2x dalam masa terdekat nak jumpa bakal mertua.hehehe =)

    ReplyDelete
  9. ada yg merungut hubungan dengan mertua tidak ngam, sebelum kita nak mertua suka kita, kita sebenarnya kene tanam sifat sayangkan mertua, insya allah segalanya pun dipermudahkan..

    ReplyDelete
  10. info yh baik...tapi saya tak pernah merasa ada ibu dan bapa mertua...ke rahmatullah sejak kami bertunang lagi...

    ReplyDelete
  11. saya da masukkan blog ciklaili dalam bloglist saya...

    ReplyDelete
  12. memang kena tau semua sebelum berkahwin...

    ReplyDelete
  13. nice nice tips...

    merendah dirilah dgn mertua, ringkas katanya kan ciklaili? ;)

    ReplyDelete
  14. kene praktikkan ni kalau dah nak dekat kawin..hee

    ReplyDelete
  15. Kalau pandai tambat hati anak dara orang perlu juga tambat hati orang tuanya sekali. :-)

    ReplyDelete
  16. tips yang bagus....dulu pernah cuba buat EBOOK " Rahsia Menantu Impian " lepas pegi seminar SHUTH....tapi terbengkalai sampai skang kalau cik laili boleh create confirm demand mencanak-canak....sebab pernah buat survey kat forum wanita memang ada permintaan

    ReplyDelete
  17. anggap mak mertua mcm mak sendiri..insya Allah..masalah x timbul.dh 17 tahun kawin mak mertua plg suka dtg rumah saya..;)..padahal rumah biasa2 je banding biras yg lain

    ReplyDelete
  18. tips yang bagus....angpla mak mertua sebagai mak sendiri....

    ReplyDelete
  19. point lain ialah jgn berkira dan berlapang dada la.

    ReplyDelete
  20. kecik2 dulu kengkawan cakap klu tangan kasar nnt mertua syg sebab tu tanda nya rajin & pandai buat kerja rumah..hihi.

    Benarkah Kulit Tangan Kasar Disayangi Mertua?

    ReplyDelete