Cuti pertengahan tahun 2013 sudahpun bermula. Mungkin ramai yang sudah merancang untuk pergi melancong ke luar negara, dalam negeri atau ke mana saja destinasi percutian. Di sini saya kongsikan sedikit maklumat yang boleh dijadikan sebagai panduan bercuti dengan kos yang minimum.
Ke mana destinasi percutian anda?
Buat perancangan awal
Rancang percutian keluarga lebih awal, sekurang-kurangnya tiga atau empat bulan lebih awal daripada tarikh ingin bercuti. Ia untuk memastikan anda cukup masa memilih destinasi, tempat penginapan dan pengangkutan yang sesuai dan menjimatkan.
Tentang kewangan, peruntukan sejumlah wang untuk aktiviti tersebut setiap bulan. Misalnya, ketepikan dua atau tiga ratus setiap bulan. Pasti bila tiba masanya, wang tidak lagi jadi masalah.
Tempat penginapan
Pilih tempat penginapan yang sesuai dengan kuantiti keluarga anda. Jika ahli keluarga kecil, bilik hotel atau chalet sangat sesuai. Tetapi untuk keluarga yang besar, pemilihan apartment mungkin dapat meminumkan kos.
Memasak sendiri makanan
Ini sungguh menjimatkan. Terutamanya bagi keluarga yang besar. Pilih apartment yang mempunyai dapur untuk memasak. Anda boleh membawa barangan keperluan memasak dari rumah. Jadi, tidak perlu membelinya di tempat percutian kerana harganya mungkin mahal sedikit.
Jika tinggal di hotel bawa sendiri makanan atau minuman ringan kerana apa yang disedikan dalam mini bar akan dikenakan bayaran yang mahal dibandingkan dengan harga di luar.
Masak makanan yang ringkas
Jika memilih untuk memasak sendiri, tidak perlu menyusahkan diri memasak hidangan yang susah. Pilih sahaja masakan yang ringkas dan mudah.
Bawa bekal
Berjalan dengan kanak-kanak memang banyak kerenahnya. Apa yang dilihat pasti mereka hendak beli. Pastikan sebelum berjalan, anda sudah memberi mereka makan atau bawa sendiri makanan ringan yang menyihatkan dalam beg anda.
Bila melancong pasti ada sahaja buah tangan yang hendak dibeli. Belilah barangan yang tidak ada di tempat kita ataupun yang setimpal dengan harganya. Jangan biarkan diri tertipu dengan pelbagai tawaran. Ingat! Berbelanja ikut keperluan bukan kemahuan.
* Sumber : Majalah Pa&Ma
26 Comments
Seronoknya cuti sekolah. Cik laili nk berjalan ke mana?
ReplyDeletemasih dalam perancangan. mungkin ke 5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013 (28 - 31 Mac 2013).
DeleteDah lama teringin nak ke sana bawa anak. Tapi, mengenangkan oanas dan jem...
DeleteWahhhhhh... seronoknya!
tahun lepas tak dapat pergi sebab baru habis pantang bersalin. anak pun dah masuk setahun, bolehlah bawa jalan2.
Deletewahh seronoknya...cuti cuti..nanti ;)
ReplyDeleteKawan-kawan saya ramai yang nak ke Gold Coast Morib... murah and tak jauh.. :).. saya sendiri baru balik last CNY
ReplyDeleteMasih boleh melawat tempat-tempat menarik. Perancangan itu penting dan membawa bekal dari rumah dapat menjimatkan perbelanjaan.
ReplyDeletetq share panduan bercuti..mmg ade plan nk bercuti..cuti sekolah nanti.
ReplyDeletekid ni pun nak bercuti jalan2 jugak lah... cameron.. ermmmm....
ReplyDeleteAmiRini dah praktikan benda ni... mmg jimat especially kos makanan..
ReplyDeleteterbaik Cik Laili...
salam cikgu laili..
ReplyDeletesaya cikgu dok Puchong ni...
cadangkan kat saya tempat2 menarik untuk snap gambar musim cuti sekolah bulan 3 ni..
wsalam cikgu Nabil.
Delete28 - 31 Mac ni 5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta di Putrajaya. cikgu Nabil dah dekatlah dgn Putrajaya tu. jumpa di sana :)
biasanya saya rancang perjalanan dulu baru bergerak dan pastikan poket penuh hhihi
ReplyDeletemelancong/bercuti dgn treler yg panjang mcm kami, alhmdllh dah agak khatam bab ni... ;)
ReplyDeletetips yang bagus untuk dipraktikkan..Kadang2 bila tidak merancang terlebih dahulu, memang terlebih dari bajetnya...
ReplyDeletethank you ciklaili kerana update..
ReplyDeleteselamat jalan2 untuk ciklaili dan keluarga
ReplyDeletekeselamat mesti diutamakan
cuti sekolah ni sesak tempat2 menarik..
ReplyDeleteBanyaknya duit...ini boleh pergi banyak tempat...iaitu tempat yang belum pernah pergi lagi..
ReplyDeleteMerancang awal tue penting. Lagi lagi nak beli tiket. Travel gaya mat salleh senang.
ReplyDeletepelik macam mana ada orang mampu pergi melancong banyak tempat dalam satu sesi cuti sekolah..macam mana mereka plan bajet ? hmm..
ReplyDeletehttp://wanitamelayuseksa.blogspot.com
kalau dapat save dari budget makanan pun bagus dah... sebab selalunya banyak wang habis kat situ kan
ReplyDeletewalaupun bajet sikit.. dalam masa yang sama kena sediakan backup takut ada kes kecemasan.. manalah tahukan?
ReplyDeletebab masak sendiri tu memang betul. banyak cover bajet.
ReplyDeletesaving ala-ala backpackers kan ciklaili..memang berbaloi habis
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.