Antara amalan baik yang patut diamalkan oleh kedua-dua ibu bapa :
1. Memperbanyak taubat dan istigfar
Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istigfar, Allah sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
2. Berpuasa sunat
Khusus untuk suami, banyak berpuasa atau sekurang-kurangnya seminggu dua hari atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan.
3. Tidak bercakap yang sia-sia
Ketika isteri mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia lebih-lebih lagi yang mendatangkan dosa seperti mengumpat, memfitnah dan sebagainya. Sebaliknya banyakkanlah berzikir dan bertahmid atau bercakap perkara-perkara yang mendatangkan faedah.
4. Banyak berdoa
Sentiasalah berdoa agar Allah kurniakan anak yang soleh dan solehah.
5. Banyak membaca Al-Quran
Antara surah-surah yang digalakkan untuk dibaca sepanjang tempoh kehamilan :
Surah Al-Fatihah | Untuk terang hati dan kuat ingatan |
Surah Maryam | Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat |
Surah Luqman | Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa |
Surah Yusuf | Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa |
Surah Hujurat | Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat hati-hati |
Surah Yaasin | Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat |
Surah At Taubah | Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat |
Surah An Nahl | Untuk melahirkan anak yang berdisiplin |
7 Comments
thanks kak Laili utk info yg berguna ini :)
ReplyDeletethanks a lot laili sungguh berguna info ni :)
ReplyDeleteFid & Syiela : info untuk saya & yg lain juga :)
ReplyDeleteini bisa menjadi referensi bagi saya nanti
ReplyDeleteterima kasih, sekarang mau ijin tuk membookmarknya
makasih kak atas infonya
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteizinkan sy copy maklumat..syukran
tqvm atas info yg dikongsi...
ReplyDelete