Mandi-Manda di Marina Water Park, Lumut, Perak

Entri ini adalah sambungan entri Hari Keluarga di Marina Cove Resort. Aktiviti hari kedua program Hari Keluarga diteruskan dengan acara mandi-manda. Selesai sarapan pagi di tingkat bawah resort, kami bersiap-siap untuk aktiviti mandi-manda di Marina Water Park. Amir yang teruja sejak petang semalamnya (sebab dapat mandi di swimming pool resort, asyik bertanya bilakah kami akan membawanya pergi mandi lagi).

MARINA COVE RESORT
Jalan Teluk Batik, 32200 Lumut, Perak
Nombor Telefon : 05- 6836666
Waktu Operasi 
Jumaat : 3.00 petang - 7.00 malam
Sabtu, Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah : 9.00 pagi - 7.00 malam

Website: http://www.marinacoveresort.com.my/index.php/waterpark

Harga Tiket : 

Dewasa RM10.00
Kanak-kanak RM8.00
Di pintu masuk Marina Water park


Para pengunjung juga tidak dibenarkan membawa pelampung sendiri, jadi kenalah kami menyewa sebuah pelampung untuk Amir. Kadar sewa pelampung adalah mengikut saiz.

Ayah ambilkan pelampung yang Amir pilih

Amir dah tukar baju dan bersedia untuk mandi

Berikut adalah gambar Amir dan ayah sedang mandi-manda yang sempat saya ambil.









Post a Comment

3 Comments