Hampir 5 tahun menanti kehadiran 'ahli baru' di dalam keluarga kami, akhirnya pada bulan Mei 2011, doktor telah mengesahkan yang saya bakal merasai pengalaman 40 minggu nan indah itu kembali. Syukur pada-Mu Ya Allah.
Tarikh jangkaan bersalin (EDD) sepatutnya pada 9 Januari 2012 (sehari sebelum harijadi saya pada 10 Januari) tetapi saya sendiri tidak merasai sebarang tanda bersalin. (Boleh rujuk entri Tanda-Tanda Bersalin & Doa Yang Perlu Diamalkan). Memandangkan kesihatan saya sihat seperti biasa, saya tetap hadir bertugas pada hari Isnin hingga Khamis (9 - 12 Januari 2012). Rasa rugi pula jika tidak hadir ke sekolah untuk mengajar dan menyiapkan tugasan yang perlu ditinggalkan sepanjang cuti bersalin nanti.
Alhamdulillah..proses kelahiran kali ke-2 ini dipermudahkan oleh-Nya. Proses bermula pada pukul 9.30 pagi dan tepat jam 10.55 pagi, anak kedua saya telah selamat dilahirkan secara normal ke dunia ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat suami yang sentiasa bersama memberikan sokongan dan dorongan di dalam bilik bersalin sepanjang proses kelahiran.
Siapa sangka anak kedua kami ini telah lahir pada hari Jumaat - penghulu segala hari (anak sulung kami, Amir juga lahir pada hari Jumaat) dan lebih bermakna lagi pada tarikh ulangtahun pernikahan kami yang ke-6 (13/1/2006 - 13/1/2012).
Siapa sangka anak kedua kami ini telah lahir pada hari Jumaat - penghulu segala hari (anak sulung kami, Amir juga lahir pada hari Jumaat) dan lebih bermakna lagi pada tarikh ulangtahun pernikahan kami yang ke-6 (13/1/2006 - 13/1/2012).
Memperkenalkan ahli keluarga baru ciklaili.com :
Nama : MUHAMMAD AMAR RIZQI
Tarikh / Masa Lahir : 13 Januari 2012 (Jumaat) / 10.55 pagi
Berat : 3.32 kg
11 Comments
salam
ReplyDeletetahniah di atas kurniaan Ilahi tu..semoga menjadi ank yg soleh utk kedua ibubapa...ameen
tahniah berganda2 laili..
ReplyDeleteselamat menerima kelahiran amir rizqi..kwn Rayyan ni..
dan selamat ulangtahun pernikahan..pastinya ini hadiah terhebat..:)
tahniah....
ReplyDeleteTahniah Laili. Alhamdulillah semuanya cam senang..
ReplyDeleteSelamat datang ke dunia, Rizqi
tahniah kak laili dan abg kamarul.. =)
ReplyDeleteTahniah.. Comel anak Kak Laili dan sedap pula namanya.. Selamat berpantang kak.
ReplyDeletetahniah kak laili, semoga keluarga akan diberkati :)
ReplyDeleteTahniah Laili..alhamdulliah si kecil yang dinanti-nantikan akhirnya dapat di dengari tangisannya. semuga kamu sehat masa berpantang yer
ReplyDeletetahniah cik laili dgn kehadiran org baru dan selamat berpantang... ^_^
ReplyDeleteterima kasih semua :)
ReplyDeletetahniah cikgu...
ReplyDelete