Saya ingin kongsikan komen yang ditulis oleh anonymous tentang entri Bonus Raya 2012 di dalam blog ini.
Walaupun komen ini nampak 'menyakitkan' bagi mereka yang berkenaan tetapi jika dilihat keadaan sekarang memang ada kebenarannya terutama bagi penjawat awam yang melibatkan urusan di kaunter dan berhadapan dengan para pelanggan. Janganlah kerana kesalahan yang dilakukan oleh seorang pegawai, semua penjawat awam dapat tempiasnya seperti peribahasa Melayu :
"Sebab nila setitik rosak susu sebelanga"
Kepada penjawat awam yang mungkin 'terasa' dengan komen yang diberikan oleh anonymous di atas, diharap dapat berubah ke arah yang lebih baik. Hari ini kita memudahkan urusan orang lain, insya Allah urusan kita akan dimudahkan pula oleh Allah.
Untuk makluman anonymous, ciklaili adalah seorang guru yang mengajar di sekolah menengah. Tugas utamanya adalah mendidik dan melahirkan modal insan yang akan memberi sumbangan dan mentadbir negara pada masa akan datang. Tiada kaitan langsung dengan tugas menjawab telefon, berangan dan lain-lain lagi.
Boleh bantu cikgu Laili menanda kertas peperiksaan dan buku-buku latihan pelajar?
16 Comments
Yang dia nak angin pasal apa? Rezeki masing2, pebaiki diri sendiri dulu, sy pon bukan gomen tp takdelah nak merapu macam tu
ReplyDeletehehehe... nk tergelak pon ade lin bace entry ni kak laili... huhu kesian kak laili tk psal2 kne cmni... kita pon pelik ape kaitan guru dgn jawab telefon.. tp betul jugak ape yg anonymous tu ckp.. sesetengah pekerja kerajaan yg jaga kaunter perkhidmatan, layanan diorg agak teruk so kne la improve sikit cara kerja mereka.
ReplyDeletehihi....saya pun guru...saya pun blogger...terima kasih berkongsi info...saya selalu klik sini nak tau apa2 perkembangan...kadang2 sindiran orang ni perlu juga untuk kita improve dirikan ciklaili...:)
ReplyDeleteHaha.... Bikin malu ja org tu p marah2 dkat cik laili pya entry. Angin la tu psl gomen dpt bonus...nak bonus claim la dgn bossendri, haha
ReplyDeleteaduhai kak leli..siannya akak yang kene..tp betul la kerana nila setitik kan...ade ke org larat nak tolong keje perkeranian kita yg makin banyak sekarang ni plus keja core kite mengajar..huhu..next time ape2 kene usul periksa kan sebelum nak hentam keromo saja..
ReplyDeleteapapun..i loiiikee the way u handle this Anoi..
ReplyDeletesebelum dia tanda buku dan semua kerja tu KAK ye minta tlg dia ajar plajar2 tu dan jgn lupa minta dia buat RPH beserta refleksi sama ye...lepas tu minta dia pikul semua tugas2 lain seperti ajk/setiausaha persatuan kelab dan lain2 lah...baru dia boleh komen disini.....
ReplyDeleteSalam saya pun guru, depa tak tau duit poket guru pun banyak keluar untuk anak anak depa, murid sakit kat sekolah cikgu pi hntr hospital, klu teksi dah rm5, nak bagi hadiah hari anger ah kutip duit cikgu , Sum banyan KWAM minta kat cikgu, sukan dpt johan cikgu belanja, budak hilang duit , Ada cikgu bg duit , tp kita buat kerana kita anggap spt anak kita, FYI kakitangan awam juga bayar cukai
ReplyDeletebiasalah tu..ada yang suka dan ada yang tak suka..dah resam manusia kan
ReplyDeleteguru memang hebat..
kik..kik..kik..sama itu anoy....
ReplyDeletemaybe tu luahan orang yg penah terkena ngan telefonis gomen...tp bg sy staff gomen dah banyak improvment...bila sy ke ofis gomen diputrajaya sy dpt layanan yg memuaskan..banyak dah staff gomen yg keje nya bagus..
Salam, kt sbg kakitgn kerajaan sama jga dgn rakyat biasa yg kena byr cukai, pasal kerja tu klu kt tahu hukum, niat betul dan bt kerana Allah, insyaAllah rezeki kt pun halal.. Cuma mmg betul ada yg bt kita xseronok dgn prkhdmatan kaunter dan customer service bkn sj dr agensi kerajaan, sama jg dgn phk swasta, yg pelik bla person in charge takda d tmpat atau xhadir bertugas, tak adalah pula gantinya.. Kena tggu org tu jga baru blh settle.. Lain pula dgn guru, kalau ada rakan yg xhadir, kt mesti tlg gantikan kelas dia kn? Kt ikhlas, tp kenapa urusan lain jadi payah? Lebih2 lg kmi org Sabah yg jauh nk bt panggilan.. Huhu..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah. Cik Laili seorang yang berfikiran positif dan penyabar. Tidak cepat melenting apabila diuji. Tahniah sekali lagi.
ReplyDeleteHai Assalamualaikum wbt,
ReplyDeleteSaya pun penjawat awam, bukan guru tapi PTD. Reply Cik Laili mmg terbaik. saya rasa mcm nak tekan butang like je tapi tak jumpa la pulak...Mmg le semua gaji org kerajaan serta para pesara datang dari cukai yg dikutip tp dia lupa yg kita pun kene bayar cukai jugak dan kita pun contribute bayar gaji kita jugak. yg bising kata bayar cukai tu entah-entah cliche je sebab ada lagi 46% rakyat malaysia masih lagi gagal membayar cukai...Hellehhh, org yg keje private ni bila kerajaan umum gaji sebulan tu pun nak kecoh, yg dorang tu dapat bonus berbulan2 tu pe cerita, ada kita complaint tak puas hati...adik saya keje maybank dapat bonus 18 bulan tuuuuu belum lagi kira bonus sebab achieve target, abg saya pulak keje petronas, bonus dia 24 bulan, mesin niaga punya bonus pulak 12-16 bulan, epf/kwsp plak 6 bulan, tu pun nak jeles ngan bonus kerajaan. saya mmg tak puas hati kalau ada org kata keje gomen ni goyang kaki sb kitorang kt JPM ni mcm nak mampos, kencing pun nak kene tahan, tido lak kat ofis. Adik saya cikgu di sabah, rasa tak yah crita le camne keadaan kat sana kan. Cik laili pun paham. Sebab masalah yg dorang hadapi kat kaunter kerajaan tu seluruh penjawat awam kene maki apa kes. Lu tak suka lu tulis la komen kt peti cadangan or letakkan nombor giliran kat kotak yg ada muka sangat gembira, gembira, tidak berpuas hati dan marah tu...
faridah : terima kasih atas komen & teguran anda.
ReplyDelete* saya telah letakkan button like, share di FB, Twitter & G+ untuk semua entri di dalam blog ini.
Itula rezeki masing-masing.
ReplyDeleteHalal tak halal, sendiri akan tahu.
eda pun orang kerajaan..orang tu buta tuli melulu kenape..kan dh malu sendiri..dye ingat semua orang goyang kaki je ke..eda rasa link2 yang ciklaili letak tu orang yang sama komen la kot tapi dye komen dlm speaking lombong london la pulak..
ReplyDelete