Mom Blogger Dengan Ranking Dunia

Susah tak menjadi mom dan blogger? Ermm...bergantung. Kalau kita memaksa diri untuk menulis jadi susahlah dia dan jika kita menulis dalam keadaan suka-suka, maka senanglah dia. Pendek kata kita mesti suka dengan apa yang kita lakukan. Cuma masa memang amat mencemburui kita. Semua orang tahu kalau dah namanya mak, suri rumah pula tu - anak-anak dan rumah adalah keutamaan. 

Jadi sebab itulah juga blog di'update' dengan cerita yang biasa-biasa sahaja, Saya suka menulis dan hidup saya berkisarkan kekeluargaan. Cerita kekeluargaan yang memang semua orang akan/sedang lalui tetapi mungkin berlainan dari cerita saya, atau mungkin terdapat sedikit persamaan dengan cerita saya. Itulah apa yang saya kongsikan.


Gambar di atas adalah salah satu senarai yang di buat oleh blogger terkenal arrifshah dan seterusnya membawa lebih banyak trafik dan pembaca ke blog saya. Dulu ranking saya begitu...sekarang tak lagi.

Sudah banyak saya meulis di blog sebenarnya. Ada beberapa orang yang bertanya kepada saya. Blog baru 2 tahun lebih sudah mendapat kedudukan di dalam ranking alexa yang agak baik (naik turun juga sebenarnya) - apa yang telah saya lakukan? Sehinggakan kadang-kadang saya sendiri pun tidak tahu apa yang saya buat. Saya fikir inilah 'nasib baik' yang diberikan oleh Allah. Itu sahaja.

Tetapi mustahil juga jika tidak melakukan apa-apa sehingga boleh tersenarai di dalam carta di atas, kan? Untuk PR blog, saya memang tidak dapat berkongsi tip kerana PR ni saya sendiri masih belum faham sepenuhnya. PR juga adalah sesuatu ranking yang diberikan sendiri oleh pihak Google dan cara kiraan ranking ini adalah misteri. Untuk semak PR blog anda, sila ke :


Sila ke link di atas dan masukkan URL blog anda. PR blog dikira dari 0-10. PR blog yang baik adalah 10. Jom tengok PR blog korang pula.

Untuk Alexa adalah sedikit yang saya lakukan. Apa itu Alexa? Alexa adalah sebuah website yang mengumpulkan data atau ranking sesebuah blog. Ada sesetengah pihak memandang kedudukan di Alexa ni. Kerana ianya mempengaruhi tahap kepercayaan pengiklan untuk bekerjasama dengan blog kita. 

Alexa ini masih baru di Malaysia tetapi di luar negara memang sudah ramai blogger menulis tentang populariti blog bedasarkan Alexa. Tak percaya? Silalah google ye. Jika anda seorang yang ingin menjana pendapatan secara sambilan atau tetap, anda memang perlukan Alexa ini. Tetapi jangan sampai stress sudahlah ye. Perlahan-lahan.

Mula-mula anda harus mendaftar dengan Alexa.com. Dulu saya pernah menulis tutorial bergambar tetapi sekarang Alexa telah tukar paparan website nya, jadi mungkin cara yang saya tulis itu tidak boleh diguna pakai lagi. Tetapi untuk mendaftar memang tidak susah. 

1. Daftar di sini -- > http://www.alexa.com/
2. Pilih Create an account atau login dengan facebook
3. Selepas mendaftar anda kena masukkan tag alexa yang di beri ke dalam theme / template blog anda.
4. Masukkan profil data kita di alexa dan dah siap.
5. Teruskan update blog anda. Konsisten adalah penting.

Tip kekalkan ranking Alexa 

Setiap kali tukar theme/template anda harus letak tag Alexa semula. Update blog dengan konsisten, maksudnya sehari 3 kali mesti buat sehari 3 kali juga. Trafik juga memainkan peranan, tetapi tak penting sangat kot. Kerana saya boleh nampak jika saya update dengan konsisten maka ranking tu tidak berganjak. Jika saya kejap-kejap update, kejap-kejap tidak ranking itu sendiri akan berubah. Mengikut pengalaman sayalah.

Kebaikan ranking Alexa
 
Saya tidak bercakap kosong. Kebanyakkan iklan yang saya dapat adalah melalui ranking ini. Banyak syarikat dalam negara dan luar negara menghubungi saya untuk beriklan. Tetapi tidak semua saya ambil kerana saya ikut kesesuaian blog saya. Ada perkara yang perlu dipertimbangkan ketika memilih pengiklan ni, lagi-lagi dari luar negara.

Ramai blogger menulis tentang kedudukan ranking alexa ini. Secara tidak langsung blog kita akan dikenali dan seterusnya membawa kepada penjenamaan sesebuah blog. (Terima kasih tak terhingga juga kepada rakan blogger yang sama-sama menulis tentang ranking ini seterusnya menaikkan jenama blog saya - puanbee.com)

Selain dapat penjenamaan blog dan pengiklan yang sentiasa mencari kita, apa lagi yang saya dapat? KEPUASAN DALAM BERBLOG. Ya! Saya rasa puas. Saya tidak kisah jika tidak mempunyai ramai follower di facebook atau twitter tetapi saya puas apabila saya telah berusaha menaikkan sebuah blog dan melihat ranking tersebut. Kerana setiap apa yang kita lakukan kita hendak melihat tahap kejayaan kita. Bila mana kita telah berusaha mesti kita ingin melihat hasilnya.

Entahlah, rasa macam tidak layak hendak bercerita tentang ranking ni. Tetapi...mom blogger semua marilah kita meletakkan ranking untuk blog kita. Siapa sangka blog biasa-biasa juga mampu tersenarai di dalam ranking dunia. Mana tahu kan? Cita-cita tinggi melangit. Sekian. Sehingga berjumpa lagi.

-------------------------------------------------------------  

Penulis jemputan : puanbee.com

 
 
"Hai, saya puanbee dan saya blogger. Salam perkenalan buat blogger yang masih belum sempat berkenalan tu. Seperti biasa saya seorang blogger yang biasa-biasa sahaja. Suri rumah dan mempunyai 3 orang anak. Sebenarnya saya tak tahu nak kongsi apa di dalam entri ni, tetapi apabila dicadangkan oleh ciklaili supaya berkongsi pengalaman sebagai mom blogger, PR blog dan Alexa, jadi saya kongsikan la ..."

Post a Comment

34 Comments

  1. penulis jemputan pn bee rupanya..alexa saya masih lagi baratus ribu lagi global..payahnya rasa nak turun bwah 100 ribu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan mudah putus asa. teruskan berusaha ye..

      Delete
  2. Tip memperbaiki kedudukan Alexa rank adalah selalu kemas kini blog. Manakala PR Google sesuatu yang diramalkan.

    ReplyDelete
  3. Misteri nya di bawah baru ada bio .. hehe ..

    salam kenal selipar putih , yang penting masukkan tag alexa tu , kalau rajin lagi buat entri dan link kan ke alexa , siapa tk suka backlink kan ? semoga berjaya ..

    ReplyDelete
  4. Cik laili terima kasih ... terharu rasanya artikel ada disini ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih juga kerana sudi berkongsi ilmu tentang PR & Alexa dgn blogger lain. moga PB akan terus maju jaya & mencapai ranking terbaik dunia. insya Allah..

      Delete
  5. setuju dengan puan bee, kalau ranking alexa turun memang hati puas sangat macam terima bonus hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kepuasan menjadi seorang blogger :)

      Delete
  6. saya pun tak brp faham ttg alexa ini, apapun menjadi kepuasan berganda jika apa yg kita inginkan itu menjadi kenyataan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya blogger yang faham apa yang blogger lain rasakan :)

      Delete
  7. Tahniah untuk Puanbee.com dan Cik laili. Kerana anda berdualah kami para blogger berasa bersemangat dan berinspirasi untuk terus berblogging. Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ilmu Allah itu amat luas, begitu juga ilmu tentang blog. memang tidak rugi berkongsi ilmu dengan blogger lain.

      Abu Hurairah R.A. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

      Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga perkara :

      1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
      2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
      3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya

      Delete
  8. Kalau mengenai JOB - bergantung pada pengiklan la kan ... ada yang penting FOLLOWER / FANPAGES.... ade yang lebih suka pada ranking/alexa blog

    ReplyDelete
  9. pn bee memang blogger luar biasa.. sebenarnya ramai mom blogger di Negara ini tapi tak ramai yang hebat seperti pn bee.. :)

    ReplyDelete
  10. memang banyak yang ketinggalan, baru nak berjinak-jinak tiba-tiba tertinggal pula. Tinggal sekejap saja dah berlaku macam2 perubahan...
    tahniah buat mom blogger seperti puan bee dan lainnya :D semoga terus berkongsi ilmu yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  11. perkongsian yang bagus untuk blogger baru macam saya..terim kasih..

    ReplyDelete
  12. ramai makcik-makcik pandai tulis blog sebenarnya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat makcik & pakcik je pandai tulis blog, atok & nenek pun ada yang pandai tulis blog juga :)

      Delete
  13. wah terbaik lah blog kak laili ni ,huhu..lisa baru on the way turunkan alexa ni, huhu.. blog baru berPR 3 mcm lisa memang susahlah nak up

    ReplyDelete
    Replies
    1. PR 3 kira baiklah tu. blog ni masih tak berubah PR nya..

      Delete
  14. dulu saya tidak beratkan ranking alexa ni. pernah juga kedudukan juta-juta. tetapi skrg ni syukur pada Allah. ianya semakin baik.

    pun begitu masih jauh jika nak dibandingkan dengan PuanBee punya ranking.

    ReplyDelete
  15. saya suka entri perkongsian ini...hebat dan menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkongsian yang memberi manfaat kepada semua

      Delete
  16. terima kasih atas perkongsian ini...

    ReplyDelete
  17. puan bee mmg blogger yg hebat... banyak juga ilmu ttg blog yg sha bljr dr beliau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglah sha dapat belajar ilmu ttg blog dari puan bee :)

      Delete
  18. Tahniah buat Puanbee dan Cik laili. Kedua-duanya menjadi inspirasi buat blogger baru macam saya..

    ReplyDelete
  19. tahniah kepada mommy mommy hot ciklaili dan puan bee, saya pun mommy juga, menulis pun suka-suka...

    ReplyDelete
  20. puanbee x kedekut kongsi ilmu... harus dicontohi semua, bukan setakat mom blogger saja...

    ReplyDelete
  21. terbaca kat FB, puanbee.com nak di jual, betul ke...?

    ReplyDelete
  22. Selamat,,semoga sukses selalu,,good luck!!

    ReplyDelete
  23. wah, cukup hebat...pencapaian blog macam tu memang satu penghargaan, harap sy boleh bertahan lama sikit hehe..thanks for sharing Puan Bee

    ReplyDelete