Selamat Terbang Ke Korea

Masih ingat lagi entri dari penulis jemputan ciklaili.com, elynnshazlin yang bertajuk Program Pertukaran Pelajar Malaysia Ke Korea : Persediaan Awal Sebagai Exchange Student. Di dalam entri tersebut beliau ada menyatakan :

Alhamdulillah rezeki untuk tahun 2013 ini, saya bakal menjejakkan kaki ke negara winter sonata pada hujung bulan Februari sebagai exchange student selama 4 bulan, Insya Allah...
 

Saya ingin berkongsi berita gembira dengan pembaca blog ciklaili.com dan rakan-rakan blogger yang lain - cik elynnshazlin telah dijadualkan untuk terbang ke Korea pada tarikh 26 Februari 2013 jam 1.00 pagi waktu Malaysia. Jom sama-sama kita ucapkan selamat jalan dan selamat terbang ke Korea kepada beliau (harap-harap Lin sempat baca entri ni).

Sedikit pesanan dari ciklaili.com :

"Jaga diri baik-baik. Semoga Allah permudahkan segala urusan Lin di sana nanti. Jangan lupa update blog dengan cerita, gambar dan pengalaman sepanjang berada di Korea.."

 

Anda sudah baca entri Terima Kasih Ciklaili.com dalam blog elynnshazlin?

Wajah ceria elynnshazlin yang selamat sampai ke Korea pada 26/2/2013


Suasana di Korea (musim sejuk)

Post a Comment

18 Comments

  1. Bestnya...teringin nak pergi ke sana waktu winter...sebab pergi dulu waktu Summer....

    Patbingsu - macam ice kacang kita. Dekat McD diorang ada jual..
    Gigimbap - Sushi korean style..
    Bibimbap - Korean claypot rice
    Hameultang - Macam tomyam soup tapi seafood ...
    Macam-macam lah nak list out dekat sini. Hehehe...dan jangan lupa makan Kim Chi! Ada yang sedap ada yang wek wek!

    Hahah teringat lah plak.. Uwaaa... =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah pernah pergi ke sana ye? tentu seronok, kan?

      Delete
  2. dalam masa saya mesti kena blaja makan kimchi....hehehehe

    ReplyDelete
  3. Ahaks..bila la merasa nak tgk kedai-kedai make over (pembedahan kosmetik) yang katanya bagaikan kedai runcit di Malaysia yang bersepah-sepah. No wonder semua gadis boleh jadi Wonder Girl

    ReplyDelete
  4. semoga perjalanan beliau ke Korea berjalan dengan lancar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..dapat berita tadi dari cik lin tadi. dia dah selamat sampai ke Korea..

      Delete
  5. insya Allah... Aamiin....terima kasih kak laili... terima kasih semua ^^

    dr: http://elynnshazlin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. tahniah kepada elin tuh. jaga diri baik2 di tempat orang.

    ReplyDelete
  7. Seronoknya dapat terbang ke negara k-pop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok kan, dapat belajar budaya & merasa makanan Korea..

      Delete
  8. Seronoknyaaaa ^_^

    ReplyDelete
  9. bestnya!! belum pernah lagi merasa winter dekat negara2 korea, japan ke china. europe je pernah. teringin nak pi korea

    ReplyDelete
  10. dapat ke negara org utk menuntut ilmu ..pasti pelbagai pengalaman yg manis dan tak manis akan dikongsikan

    ReplyDelete
  11. assalammualaikum..cik laili..sy nak ke sana cume sy xde sesiapa yg boleh gard / bantu dlm pejalanan di sana..boleh x awk @ kawan awk skali tolong gardkan sy di sana..jd pemandu pelancong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. pergi ke sana untuk melancong ke?
      cuba anda contact cik elin melalui blognya. mungkin dia boleh bantu atau cadangkan mana2 agensi yang boleh jadi pemandu pelancong anda di sana nanti..

      Delete