Tip Mudah Komen Di Blog

Tip mudah komen diblog yang dikongsikan adalah berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya. Ketika mula-mula berjinak dengan dunia penulisan blogging, semangat menulis entri sangatlah berkobar-kobar. Boleh dikatakan saban hari ada sahaja artikel yang dihasilkan. Setiap minit akan buat semakan samada ada pengunjung blog ada meninggalkan komen pada blog atau tidak. Dapat satu komen pun sudah terkinja-kinja.

Pengunjung Touch n Go

Komen yang ditinggalkan adalah nadi kepada sesuatu blog. Blog dianggap tidak mempunyai roh walaupun mampu menarik trafik pengunjung sekadar Touch n Go sahaja. Pengolahan, gaya penulisan mampu membuatkan pengunjung melekat bak magnet membaca dari awal perenggan blog sehinggalah ke perenggan akhir. Ada yang mengatakan ‘contain is king’ jadi carilah ‘x factor’ yang membezakan diri anda dengan orang lain.

Mengapa pengunjung meninggalkan komen?

Pengunjung akan meninggalkan komen jika mendapati entri yang dihasilkan mampu memberi repons positif dan negatif kepada mereka. Entri politik, agama, dunia hiburan, pelancongan, masakan dan kekeluargaan antara contoh niche yang mudah mendapat respons komen. Meletakkan sedikit bahan kontroversi memberi detik kepada pembaca untuk respons. 

Beberapa tip mudah mendapat komen di blog :

1. Menulis untuk kumpulan sasaran yang mempunyai minat sama peluang untuk mendapat respons komen adalah tinggi.

2. Menulis jawapan kepada persoalan. Contoh : cara-cara permohonan BR1M.

3. Berkongsi tip dan tutorial.

4. Kemukakan persoalan kepada komen yang ditinggalkan menggalakkan komen balasan.

5. Memasang plugin autoreply. Apabila komen dijawabkan akan dihantar email secara automatik kepada pemilik komen untuk memberitahu komen telah dibalas.

6. Blogwalking mampu mendapat balasan komen. Cara ini memerlukan masa dan komitmen.

7. Jangan sulitkan pembaca untuk meninggalkan komen dengan meletakkan password yang sukar untuk dibaca.


8. Jika bimbang mendapat komen yang berbaur hasutan atau kontroversi, boleh set setiap komen yang ditinggalkan perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pemilik blog.

a. Setting untuk pengguna Blogspot :

Layari dashboard Blogspot – settings – posts and comments


b. Setting bagi pengguna WordPress :

Layari dashboard WordPress – settings – discussion settings


9. Memberi insentif kepada kepada pengunjung yang meninggalkan jumlah komen terbanyak di blog.

Perlu diingat tidak semua komen yang ditinggal adalah memberi respons terhadap entri yang dihasilkan. Faktor Google Page Rank yang ada pada blog tersebut menarik minat pengunjung yang mahukan juicy backlink berkualiti.

-------------------------------------------------------------
 
Penulis jemputan : AkuBiomed.com


Post a Comment

34 Comments

  1. Tips yang berguna dari bro biomed..hehe :)

    ReplyDelete
  2. Best entri ni.. Bagi la tips lagi. Bagi banyak-banyak

    ReplyDelete
  3. plugin autoreply tu nama dia contact form manager ke? dh lama cari plugin tu..maklumlh br berkecimpung gn wp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenar plugin auto reply @ comment responder untuk WordPress banyak. Boleh pilih mana-mana yang berkenan. Apabila pakai plugin perlu set betul-betul kerana ada pengomen tidak suka menerima maklumbalas 'terima kasih' meninggal komen pada kotak email agak menganggu. Beri pilihan kepada pengomen untuk melanggan email pemberitahuan komen telah dibalas. Jangan set default terima email setiap kali komen terjawab.

      Delete
    2. setuju. saya juga tidak gemar bila menerima e-mail sebegini.

      Delete
  4. Info yg sgt berguna..tp yg no.5 tu..mcmana caranya ye.

    ReplyDelete
  5. amat setuju dengan tips no7,, lau susah nak nampak huruf captcha and beberapa kali dah try..alamat nya, chow je la..hihi

    http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. oh entry dari bro Akubiomed rupanya...blogger otai tuh...:)

    ReplyDelete
  7. memang betul kata aku biomed tu, jangan susahkan pembaca utk mengomen

    ReplyDelete
  8. Saya dah buang word verification tu.. Urm nak tanya, macamana dengan blog yang bila kita buka terus ada lagu.. Adakah okay atau mengundang bebanan kepada pelawat blog?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi sesetengah pengunjung ia menganggu. Nasihat saya jangan pasang sesuatu yang tidak memberikan impak positif kepada blog. Ia boleh menyebabkan blog menjadi berat. Blog yang baik load sepenuhnya kurang 5saat. Boleh periksa blog berat atau ringan dengan GTMetrix dan Pingdom.

      Delete
    2. Alhamdulillah, saya punya blog loading pagenya 4.85 saat.

      Delete
  9. info yg menarik boleh tambahkan jumlah ekomen kan

    ReplyDelete
  10. tahniah:)- panduan dan info yg lengkap. teruskan usaha sdra menulis entri2 yg membimbing readers.

    ReplyDelete
  11. mmg nak praktik tips no 7 tapi masa amat terhad, good sharing bro

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Bagi yang blogger newbie saya mengalakkan melakukan blog walking salah satu cara untuk memperkenalkan blog. Lakukan blog walking secara berhemah bukan kejar kuantiti tetapi komen yang berkualiti. Tidak perlu banyak, 3-5 komen sehari secara konsisten sudah memadai. Jangan melakukan komen spammer.

      Delete
  13. wahhhh terbaiklah tips ni.... ;)

    ReplyDelete
  14. tips yg bagus..thanks kak leli..aritu trynk g kafe mentarang..tutup mlm ler huhu

    ReplyDelete
  15. biasanya entry yang persoalan pastinya akan dapat respon di ruangan komen....tambah tambah kalau contest teka HARGA atau NOMBOR....hehehehe

    ReplyDelete
  16. Perkongsian yang amat baik dgn tips yang amat berguna.. Terima kasih

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum cillaili....mekacih sbb tips yang menarik ni...:)

    ReplyDelete
  18. tips yg sangat berguna..terima kasih..

    ReplyDelete
  19. Menarik, satu tips yang amat berguna.... akan dipraktikkan :)

    ReplyDelete
  20. Memang tips nombor 7 menyukarkan dan memadamkan terus niat nak komen atau follow sesebuah blog

    ReplyDelete
  21. Terima kasih tipsnya,,akan saya lakukan denga baik,,salam

    ReplyDelete
  22. antara perkongsian tip yang berkualiti dari bro akubiomed..terima kasih.

    ReplyDelete