Ke mana destinasi percutian anda pada hujung minggu ini? Jom luangkan masa bersama keluarga bersuka ria dan berseronok di Desa Waterpark Sungai Besar. Oppss! Bukan Desa Water Park Sungai Besar tapi Desa Water Park, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Di Sungai Besar belum wujud lagi, cuma ada sawah padi / bendang yang dipenuhi dengan warna kehijauan saja.
Percutian saya ke Desa Water Park Sungai Besi adalah pada hujung tahun lepas. Sebenarnya saya baru tahu terdapat waterpark di Kuala Lumpur. Jadi untuk memanfaatkan masa yang ada, saya pergi ke sana bersama adik-adik. Maka terukirlah senyuman dibibir mereka kerana berpeluang ke sana. Semua ini dirancang tanpa diduga selepas tidak jadi ke Genting Highland. Beruntunglah mereka mempunyai kakak seperti saya.
Bayaran masuk ke Desa Water Park adalah mengikut umur dan ketinggian dan dibuka pada setiap hari (jam 10.00 pagi hingga jam 6.00 petang) kecuali pada hari Rabu. Terdapat juga pelbagai pakej menarik yang disediakan. Antaranya : School Package, Birthday Package, Corporate Package, Government Package dan Hall Rental.
33 Comments
jom pergi bercuti..
ReplyDeleteinsya Allah lain kali boleh bawa Amir & Amar ke sini pula.
Deletekami sekeluarga memang suka tempat2 yang macam ni :)
seronoknyaaaaa.....best main air..
ReplyDeletejom kita ke sana..
DeleteBestnya ..bawa anak2 ni tentu seronok
ReplyDeletebudak2 memang suka main air..cuti nanti bolehlah bawa. tak jauh sangat pun..
DeleteOwh, desa waterpark ni 10 min dr rumah tp belum sempat untuk pergi.
ReplyDeleteye ke? bolehlah pergi bila berkesempatan
Deletetak pernah lagi ke sana, biasa lalu dan perhati dari jalan raya jer...hehe
ReplyDeletebolehlah PM bawa Mifz main air di sana..
DeleteWah! Boleh main air di sini puas-puas!
ReplyDeleteha'a..datang awal supaya dapat merasa semua permainan yang disediakan..
DeleteSangat seronok melihatnya,nak jua pergi sana.
ReplyDeletejom ke sana...!
Deletewow menarik..boleh pergi nie huhu
ReplyDeleteboleh bawa keluarga bersama
Deletemenarik juga tempat ni..
ReplyDeletememang menarik walaupun ia berada di tengah bandar..jom pergi !
DeleteSyoknya bersama keluarga
ReplyDeletebest ni kalau bawak budak2...
ReplyDeletehappy hour with family... ;)
ReplyDeleteNasib baik masa tengah baca entri ni anak2 takde dekat..kalau nampak,confirm diorang aturkan untuk pergi..apapun,terima kasih info..baru tahu pasal waterpark ni..
ReplyDeleteBudak2 suka sangat la kalau tempat jenis yang main air ni..
ReplyDeletepasti seronok main air ...terutama anak2 kecil
ReplyDeleteSeronoknya.. rindu nak berenang ^^
ReplyDeleteKebetulan hujung minggu lepas saya membawa famili bermandi manda di aie terjun Serendah.
ReplyDeleteKalau anak dah besar-besar seronok la..sekarang masih kecil. Tak boleh nak appriciate lagi
ReplyDeletetak pernah lagi ke sana.. walaupun agak dekat dengan Putrajaya nih.. hehehee
ReplyDeletetak pernah pergi...lalu jer...
ReplyDeletejom cuti2 ..hehe
ReplyDeleteMemang best bila berjumpa dengan air..Bukan kanak-kanak sahaja malah orang tua juga turut gembira..Jom kita bercuti !!
ReplyDeletewahhh asyiknya,,bermain air dengan sepuas hati seperti ini,,,,
ReplyDeleteSungai Besi ada water park. Ni best ni, tak payah pergi jauh2 kan?
ReplyDelete