Hajat dihati untuk bertemu 'face to face' dengan blogger ciktom.com akhirnya tercapai juga. Semasa di SBDdB13, rupa-rupanya kami duduk sebaris tetapi dimeja yang berasingan. Cik tom duduk semeja dengan akubiomed (akubiomed : anda perasan tak?) dan saya pula semeja dengan reezluv. Itulah kan...belum ada jodoh nak jumpa walaupun berada di tempat yang sama. Tapi hari ini akhirnya kami berjumpa juga di rumah cik tom sendiri.
Nasib baik cik tom perasan komen saya di dalam entri Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati yang saya akan ke Terengganu pada cuti sekolah ini. Kami sempat berbalas e-mail dan kemudian bersambung di whatapps pula sampailah ke tengah malam. Alhamdulillah, pertemuan kami dipermudahkan oleh-Nya. Rupanya bukanlah susah sangat untuk mencari rumah cik tom. Belum sempat cik tom beritahu pelan ke rumahnya, kami sudahpun sampai berpandukan alamat yang diberi. Cik tom ada juga beritahu yang kampung eyriqazz tidak jauh dengan tempat tinggal cik tom. Alahai..kecilnya dunia ni, kan?
Dah alang-alang jumpa, mestilah kena ambil gambar bersama. Saya sudah minta izin dari cik tom terlebih dulu sebelum saya kongsikan gambar beliau di dalam Facebook dan juga blog ini. Maklumlah...cik tom ni salah seorang blogger glamour dan pandai menyamar tau. Hehe! Bagi yang belum mengenali wajah cik tom, inilah dia penulis blog ciktom.com. "Comelkan cik tom?" (Alahai..nampak pula double chin saya dalam gambar ni. Sila abaikan ye..)
ciktom.com dan ciklaili.com serta anak-anak, Amir dan Amar
Nasib baik cik tom perasan komen saya di dalam entri Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati yang saya akan ke Terengganu pada cuti sekolah ini. Kami sempat berbalas e-mail dan kemudian bersambung di whatapps pula sampailah ke tengah malam. Alhamdulillah, pertemuan kami dipermudahkan oleh-Nya. Rupanya bukanlah susah sangat untuk mencari rumah cik tom. Belum sempat cik tom beritahu pelan ke rumahnya, kami sudahpun sampai berpandukan alamat yang diberi. Cik tom ada juga beritahu yang kampung eyriqazz tidak jauh dengan tempat tinggal cik tom. Alahai..kecilnya dunia ni, kan?
Dah alang-alang jumpa, mestilah kena ambil gambar bersama. Saya sudah minta izin dari cik tom terlebih dulu sebelum saya kongsikan gambar beliau di dalam Facebook dan juga blog ini. Maklumlah...cik tom ni salah seorang blogger glamour dan pandai menyamar tau. Hehe! Bagi yang belum mengenali wajah cik tom, inilah dia penulis blog ciktom.com. "Comelkan cik tom?" (Alahai..nampak pula double chin saya dalam gambar ni. Sila abaikan ye..)
Jutaan terima kasih diucapkan buat cik tom kerana sudi menerima kunjungan kami sekeluarga yang datang dari jauh (Selangor). Memang rezeki kami dapat berjumpa di bumi Darul Iman. Cik tom siap hidangkan ais krim untuk Amir dan Amar serta kuih karipap yang dibuat sendiri oleh ibunya. Tak cukup dengan itu, kami dibekalkan pula dengan 2 bungkus karipap frozen (dalam plastik hijau tu) dan karipap yang sudah digoreng (plastik yang Amir pegang).
Saya sebenarnya cukup kagum dengan cik tom kerana beliau merupakan blogger yang teror dalam bab affiliate selain dari Encik Titan. Kalau tak percaya, cubalah anda baca entri-entri berkaitan affiliate di dalam blog cik tom. Sudah banyak income yang cik tom dapat dari program affiliate. Masa jumpa cik tom, saya tak sempat pun nak belajar ilmu tentang affiliate, mungkin di lain masa agaknya. Harapan saya semoga cik tom akan terus maju jaya di masa akan datang. Amin...
68 Comments
blogger bertemu sesamer lain..
ReplyDeleteseronok bila dapat bertentang mata :)
Delete^_^ bila kita nak bertemu pulak? moga2 ada rezeki kan?
ReplyDeleteinsya Allah Farah. Farah duduk mana ye? mungkin satu hari nanti kita boleh jumpa pula..
Delete2 cik bertemu
ReplyDeleteciktom - pensyarah & ciklaili - cikgu
Deletemeletop 2-2 blogger ni...yehaaaa
ReplyDeleteopss..saya biasa2 je. ciktom blogger hebat program affiliate tu..
DeleteRasanya time seminar buat blog tu pun sempat tengok sepintas lalu gak CIK TOM nie....memang hebak mek ganu nie....hehehehe
ReplyDeletekenapa tak tegur? huhu!
Deletetak tegur sb takut salah org kot...haha
Deletetulah cik laili..alin pun tak perasan dia ada ms SBDdB13 ritew...frust nonggeng tak dpt jumpa dia. Alin suka singgah blog ciktom sb dia byk bagi tutorial
ReplyDeleteinsya Allah ada rezeki nanti Alin mesti boleh jumpa juga dengan cik tom
DeleteProgram affiliates memang tabik spring kepada beliau.
ReplyDeletejoin tak event jomniaga? insya Allah cik tom akan datang sekali..
Deletebolehlah jumpa & bertegur sapa dengan cik tom kali ni..
memang comel cik tom ini. memang muka tokoh buat duit affiliates
ReplyDeleteitulah cik tom..blogger perempuan yang hebat buat duit dengan affiliate
Deleteye2 je...ada jugak ke muka buat duit?? bahaye2..
Deletepabila otai blogger bertemu, pasti x lps kn..
ReplyDeleteahaha
gambar & entri ini sebagai kenangan di kemudian hari yang ciklaili pernah bertemu dengan ciktom. networking di alam maya diteruskan hingga ke alam nyata :)
Delete2 2 blogger hebat nih...:)
ReplyDeleteCiklaili.com biasa2 je. Cik tom lagi hebat..
DeleteWahhhh... mmg hebat dua2.
ReplyDeleteCiklaili.com biasa2 je..
Deletecomel juga dua2 cik ne :)
ReplyDeleteCik tom lagi comel :)
Deletesama cantik... nama pun hampir sama.... :)
ReplyDeleteCik tom - gadis tomato & cik laili - cikgu Laili :)
Deletehoho..inilah ciktom tu ye..tak nampak pun buat tomato.
ReplyDeletetomato boleh buat ke???
Deleteboleh kot.
Deletetembamnye muka...hahaa..
ReplyDeleteItulah..dah bgtau suami jgn ambik gambar dari bawah tangga. Nampak dah double chin akak tu.
Deleteterima kasih sudi berkunjung ke rumah ciktom ye akak..maaf la kalau ada terkurang apa2 tue...seronok dpt borak2 dgr pengalaman blog akak..xpe lain kali kita jumpa lg exchange2 ilmu blog...heee..
ReplyDeleteOk. Terima kasih juga sebab terima kunjungan kami. Lain kali boleh jumpa lagi..
DeleteNnt nak upload gambar dlm DSLR suami.
Deletewahhhhhh... cik bertemu dengan cik... ;)
ReplyDeleteCik berjumpa cik puan ;)
Deleteciktom vs ciklaili. buat contest seo. hehehe
ReplyDeleteBagus gak cadangan tu. Kena tanya cik tom dulu, setuju ke tidak..
Deletedua blogger hebat bertemu.....
ReplyDeleteCik tom lagi hebat & teror bab affiliate tu.
DeleteSaya blogger biasa je ;)
Puan dan Cik bertemu....
ReplyDeleteHa'a..puan anak dua dapat jumpa dgn cik tom yang comel tu :)
DeleteInteresting betul. Baru la dapat tengok wajah sebenar cik tom ni.
ReplyDeleteBTW, jauh cik laili bercuti kali ni, sampai ke Tganu gitu. :)
Comelkan cik tom? Nasib baik cik tom bagi keizinan untuk upload gambar ni..
DeleteKami balik kampung suami, ada sepupu kawin..
dua-dua nama besar...:)
ReplyDeleteciktom ciklaili..dua2 blogger hebat..aah kan buat contest seo pun okay jugak..
ReplyDeletenanti saya panjangkan idea ini kepada cik tom ye..harap2 dia setuju :)
Deletewah...memang nampak serasilah ciktom dan ciklaili.
ReplyDeleteserasi bersama sebab kami berdua guna 'cik'.
DeleteSeronok bertemu sesama blogger, dua cik ini blogger yg hebat dalam dunia blogging :)
ReplyDeletebetullah Aju. memang best dapat jumpa Aju di SBDdB13.
Deleteerr..nanti e-mailkan gambar hari tu, boleh?
bila pendidik berjumpa mata ;)
ReplyDeleteada lagi gambar yang belum di upload..gambar berdiskusi dengan cik tom. hehe!
DeleteMuka bulat. Comel. Hiks
ReplyDeletecik tom memang comel :)
Deletebro denaihati memang bijak dalam bab menghidupkan dunia rakan blogger
ReplyDeletetahniah
sy sangka admin lum kwin sb nama ciklaili heee
Deletekalau tengok header blog ni terang2 dah tau ciklaili dah kawin :)
Deleteoooo ok dah kenal huuhu
ReplyDeletekalau jumpa cik tom di luar lagi comel..
DeleteSis tumpang seronok dgr n lihat dr jauh ... mudah2an aura hebat 2 cik ni singgah sini pulak :)
ReplyDeletemudah-mudahan..amin :)
DeleteOh.tu rupanya Cik Tom. Nak berkenalan lah
ReplyDeletesilakan..
Deletewaaaa...seronoknya kalau dapat berjumpa dengan blogger yang hebat-hebat nih ^_^
ReplyDeleteterimakasih bos tentang infonya dan semoga bermanfaat
ReplyDelete