Lawatan Ke Kota Walili, Meknes

Assalamualaikum para pembaca blog Cik Laili.

Kali ini kalian bersama dengan penulis jemputan, Arrazi

Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi cerita tentang lawatan ke Kota Walili yang terletak di luar Bandar Meknes. Ianya jauh sedikit daripada tempat saya belajar iaitu Fes.

Lawatan ini saya lakukan bersama dengan rakan-rakan semasa cuti semester yang lepas. Kebiasaan kami, ketika musim cuti semester, kami akan keluar untuk melawat tempat-tempat menarik di Maghribi.

Kota Volubilis dalam bahasa roman, atau Kota Walili (وليلي ) merupakan salah satu tapak warisan dunia Unesco. Ianya adalah penempatan bagi orang Fenisia atau Fartago bermula kurun ke-3 Sebelum Masihi. Asalnya, penganut kota ini beragama Kristian dan kemudiannya berubah menjadi penempatan umat Islam. Kerajaan Idrisiyyah yang menjadi kerajaan Islam pertama di Maghribi juga didirikan di atas kota ini pada abad ke 8 Masihi.

( Kota Walili dari jauh )

Kota ini meliputi tanah seluas 40 hektar dan terletak di kawasan berbukit bukau. Tempat ini katanya subur dengan penanaman zaitun. Justeru, tidaklah menghairankan jika kota ini menjadi ibu kota kepada kawasan penguasaan Rom yang meliputi Mauritania dan Maghribi.

Sewaktu saya melawat kota ini, ramai pelancong yang datang ke sini walaupun ia hanyalah tinggalan bangunan lama. Rata-rata mereka adalah pelancong eropah yang sedang bercuti serta sebahagian kecil pelancong China.

( Antara kemudahan yang disediakan )

Namun, kemudahan asas kepada pelawat sangat teruk seperti tandas yang kotor, kawasan yang bersemak dan tiada tempat solat. Justeru, jika ingin datang melawat ke sini, perlulah membawa sejadah untuk solat dan juga berhati-hati ketika melawat.

Di dalam kota ini, kita akan dapat melihat sebuah kota yang cukup lengkap dengan segala kemudahan seperti deretan kedai, gereja, mahkamah, kawasan lapang untuk aktiviti sosial, dan tempat mandi awam.

( Tinggalan Basilika )

( Antara pintu gerbang yang menarik perhatian kami)

( Tinggalan bangunan mahkamah)

Selain itu, kota ini juga mempunyai sumber air yang mencukupi iaitu datangnya daripada Wadi Al-Khommam dan Wadi Farthosah.

Jika diperhatikan, kota ini hanyalah tinggalan runtuhan bangunan-bangunan dan berbaki tiang-tiang istana dan bangunan utama mereka. Ini disebabkan oleh gempa bumi yang berlaku pada pertengahan abad ke 18 serta tiada usaha untuk membaik pulih kota ini daripada kerajaan Maghribi. 

Kepada pelawat, mereka dikenakan caj untuk masuk ke kawasan ini sebanyak 10 dirham iaitu bersamaan RM3.80 seorang tanpa had waktu.

( waktu untuk pulang)

Sebelum azan Asar, kami bertolak pulang ke Fes. 

Sekian sahaja, cerita saya daripada bumi Maghribi, bumi yang penuh dengan khazanah sejarah yang tidak ternilai harganya.

Saya ucapkan: “Selamat datang ke Maghribi”!

-------------------------------------------------------------
 
Penulis jemputan : My Arrazi



Post a Comment

19 Comments

  1. monument dia still kelihatan okay lg kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah..memang cantik tinggalan sejarah di Kota Walili..

      Delete
  2. untung belajar kat negara org boleh gi melancong sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, rezeki di perantauan.

      Delete
    2. Betul tu. Beruntung Arrazi dapat peluang ke sana..

      Delete
  3. momen indah yang kekal dalam lipatan ingatan, jadi pengalaman yang tidak boleh dikutip dimana-mana. selamat mengembara...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki pelajar yang belajar di luar negara..

      Delete
  4. Terima kasih Cik Laili kerana sudi menyiarkan artikel saya ini.

    ReplyDelete
  5. Memang bertuah siapa yang dapat merasai pengalaman berada di negara orang.

    ReplyDelete
  6. Salam..mengembara semasa belajar memang seronok, tiada commitment kerja, family...kutip seberapa banyak pengalaman..

    ReplyDelete
  7. bestnya tgk tmpt org. byk beza dgn Msia?

    ReplyDelete

  8. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete

  9. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  10. Seronoknya dapat mengembara dan menjelajah tempat orang. Masa ada peluang ni, teruskan mengembara dan cari pengalaman. Best! ;)

    ReplyDelete