Sedapnya kalau dapat makan puding roti berkuahkan sos kastard bersama secawan air milo, kopi atau teh panas. Sambil tu menonton pula rancangan kegemaran di kaca televisyen bersama keluarga tersayang. Tentu seronok dan rasa bahagia, kan?
Sebenarnya sudah lama saya tidak membuat puding roti. Memandangkan saya masih dalam Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge, saya bercadang untuk menggantikan 'kismis' dengan buah kiwi Green dan SunGold dari Zespri®. Di sini saya ingin kongsikan Resepi Puding Roti Kiwi yang telah diubahsuai mengikut selera kami sekeluarga.
Bahan-bahan :
10 keping roti (potong dua atau tiga segi)
2 cawan susu segar2 sudu besar mentega
2 biji telur
4 sudu gula halus
1 sudu teh esen vanilla
2 biji buah kiwi Green / SunGold (dipotong)
2 biji ceri merah (dipotong kecil)
* Ada 2 pilihan sama ada nak susun roti atau rendam terlebih dahulu.
Saya memilih untuk menyusun roti terlebih mengikut bentuk yang dikehendaki seperti bentuk bunga (macam dalam gambar di bawah, roti dipotong kepada bentuk segitiga)
Cara-caranya :
- Campurkan susu, mentega, telur, gula halus, esen vanilla dan buah kiwi.
- Tuang campuran tadi ke atas roti yang telah disusun.
- Taburkan buah ceri sebagai hiasan
- Biarkan selama 20-30 minit sebelum dimasak / kukus
Sos Kastard
1 tin susu cair
2 sudu tepung kastard
2 sudu gula
Cara-caranya :
- Campurkan semua bahan dan masak menggunakan api yang kecil.
- Apabila sos menjadi pekat, matikan api.
Nantikan entri saya yang berikutnya dengan lebih banyak gambar, resepi dan video yang sudah tentu menarik minat anda untuk menikmati buah kiwi dari Zespri® ini. Sila lawati laman web Zespri® untuk maklumat lanjut - http://www.zespri.com.my/
Ikuti perkembangan ciklaili.com dalam Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge :
Cabaran | Misi Terlaksana |
---|---|
Hari Pertama | Zespri® Kiwifruit : Green & SunGold |
Hari Ke-2 | Zespri® Kiwifruit Smoothie |
Hari Ke-3 | [Video] Amir & Amar Suka Makan Buah Kiwi Zespri® |
Hari Ke-4 | Resepi Puding Roti Kiwi |
Hari Ke-5 | Aiskrim Pelangi Cinta |
Hari Ke-6 | Peluang Ke Auckland & Rotorua, New Zealand Bersama Zespri® |
Hari Ke-7 | 7 Hari Yang Hebat Bersama Buah Kiwi Zespri® |
Hari Ke-8 | Sarapan Pagi Untuk Amar |
Hari Ke-9 | Sedap Dimakan Begitu Saja |
Hari Ke-10 | Khasiat Buah Kiwi |
Hari Ke-11 | Kongsi Buah Kiwi Bersama Rakan-Rakan |
Hari Ke-12 | Resepi Muffin Kiwi Hijau |
Hari Ke-13 | 3 Tips Tentang Buah Kiwi Yang Perlu Anda Tahu |
Hari Ke-14 | Zespri® 14-Day Daily Scoop of Amazing Challenge |
Jom follow ciklaili.com di :
FACEBOOK: https://www.facebook.com/ciklailidotcom
TWITTER : https://twitter.com/ciklaili
INSTAGRAM: http://instagram.com/ciklaili
FACEBOOK: https://www.facebook.com/ciklailidotcom
TWITTER : https://twitter.com/ciklaili
INSTAGRAM: http://instagram.com/ciklaili
12 Comments
Lelehan susu krim membuat kecur air liur. :-)
ReplyDeleteBetul tu... sedap aje masakan ni..
Deletepuding roti yang simple je ni..
Deleteassalamualaikum ciklaili....sedapnya tengok...;)
ReplyDeletewaalaikumussalam MZ. jomlah cuba resepi mudah ni..
Deleteselain sebagai guru dan blogger, ciklaili pun chef jugak ye? ada bakat tu..
ReplyDeletechef untuk suami & anak2 je. hihi
DeleteSaya suka segala jenis puding, tapi sayangnya En.Suami tak suka manis2 sangat, kalau nak buat sendiri kurang seronoknya sebab kita je yg makan...huhu
ReplyDeleteboleh bagi jiran sebelah atau bawa ke tempat kerja. mesti ada yang sudi makan :)
Deletesedap ni nanti nak suruh wife buatlah..
ReplyDeleteboleh tukar buah-buahan lain sebagai hiasan..
Deletehari-hari makan kiwi la jawabnya nih. hoho
ReplyDelete