Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua satu resepi yang menarik iaitu Ayam Panggang Madu Istimewa. Cara menyediakan ayam panggang ini cukup mudah dan ia boleh dimakan bersama Nasi Ayam atau Nasi Arab.
Resepi Ayam Panggang Madu Istimewa
3 ketul ayam (bahagian dada)
5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
1 inci halia (ditumbuk halus)
4 sudu besar madu
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Cara-caranya :
- Sediakan bahan perapan dengan memasukkan bawang putih, halia, madu, sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan garam. Gaul rata semua bahan.
- Kemudian sapukan bahan perapan pada ayam.
- Perap ayam selama 2 jam.
- Masak ayam menggunakan oven pada suhu 200 darjah selama 30 - 40 minit / sehingga masak.
- Jika menggunakan pemanggang ajaib, masa diambil hanya 15 - 20 minit.
Selamat mencuba.
40 Comments
bila tengok resepi dan gambar ayam panggang tu, terasa ingin mencubanya pula..:)
ReplyDeleteselamat mencuba. senang je nak buat ayam panggang madu ni..
DeleteMenarik je ni..nanti nak cuba...bahan pun mudah dapat
ReplyDeletebetul tu. guna bahan2 yang mudah je..
Deletesedapnya kak...terliurrr tengok
ReplyDeletejangan lupa cuba resepi ni..
DeleteSedapnya.nampak.... berguna betul panggang ajain tu yer.
ReplyDeleteha'a..pemanggang tu memang memudahkan kerja memasak :)
DeleteSedap ni buat ratah...
ReplyDeletehihi..bila dah kenyang memang kami ratah je ayam ni
DeleteMasak guna oven ke periuk panggang ajaib tu?
ReplyDeletehaish...mencabar sungguh:D
saya guna pemanggang ajaib. sekejap je dah masak..
DeleteKalau depan mata memang tidak pandang kiri dan kanan lagi. :-)
ReplyDeletefokus pada ayam je. hihi!
Deletehmmm boleh try nnti ni, klu ada pemanggang ajaib kerja memanggang jadi mudahh hehe
ReplyDeletepakai oven pun boleh..
Deleteterliur la plak..hu3.lazat2
ReplyDeletekalau macam tu kenalah cuba resepi mudah ni..
DeleteKelihatannya sangatlah nikmat, menarik hatiuntuk mencobanya
ReplyDeleteselamat mencuba..
DeleteMohon d copy resepinya,thanks.
ReplyDeletesilakan...
DeleteSedapnya...terima kasih berkongsi resepi :)
ReplyDeletePakai microwave boleh x? Brape watt & mase ye kalau microwave
ReplyDeleteKicap masin ke manis tuk resepi ni?
ReplyDeletesaya gunakan kicap manis.
Deleteala hai sedapnya
ReplyDeleteKalau pkai pmanggang ajaib dgn dapur electric, nk tkn brp suhu dia?
ReplyDeletesedapp
ReplyDeleteDha tryy masak guna resepi neh . Cuma ubah suai skit .
ReplyDeleteAlhamdulilah menjadi ! Thank you so much :)
Resepi yg mudahh and simplee untok d'masak :D
Pakai oven boleh kan?
Deletewah...senang je...boleh masak makan ngan nasi ayam... =)
ReplyDeleteTerima kasih for the resepi kak.. ^_^
ReplyDeletemohon copy paste
ReplyDeleteMintak izin cuba resepi ye
ReplyDeleteperap lagi lama, lagi bagus kan kak?
ReplyDeleteSalam ramadhan dri Perancis. Ni kan cuba kita punya resepi tapi boleh confirmkan kicap dengan sos tiram sudu besar atau kecil? TQ
ReplyDeleteSalam Ramadan AQ.
DeleteBoleh gunakan sudu kecil. Madu tu saya gunakan sudu besar untuk dapatkan rasa manis pada ayam yang diperap.
Selamat mencuba resepi ni :)
Klau guna pemanggang ajaib ni, apinya slow atau kuat sekali?
ReplyDeleteGuna api tidak terlalu kecil atau besar. Sedang-sedang aje
Delete