Jika sebelum ini saya pernah kongsikan Resepi Kek Marble, kali ini saya kongsikan pula Resepi Chocolate Lava Cake. Bagi penggemar kek coklat, saya cadangkan anda mencuba resepi ini kerana resepinya sangat mudah dan mengambil masa kurang dari 1 jam. Jom kita lihat bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana cara menyediakan resepi ini. Oh ya! Jika anda telah mencuba resepi ini, jangan lupa kongsikannya dengan rakan-rakan dan saudara-mara anda pula.
Resepi Chocolate Lava Cake
(adunan untuk 6 chocolate lava cake)
oleh : ciklaili.com
Bahan- bahan
110g butter
150g coklat masakan
1 cawan gula ising
3 biji telur
sedikit marjerin
Cara-cara :
1. Cairkan butter dan coklat masakan menggunakan api yang kecil.
2. Di dalam bekas lain, campurkan tepung dan gula ising.Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata semua bahan.
3. Masukkan coklat dan butter yang telah dicairkan ke dalam adunan. Kacau sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah disapu marjerin.
5. Bakar di dalam oven selama 13-15 minit dengan suhu 180 darjah.
6. Setelah masak - keluarkan kek dari acuan, letakkan di atas pinggan dan taburkan sedikit gula ising di atas Chocolate Lava Cake.
* Sedap dimakan ketika masih panas.
Selamat mencuba!
7 Comments
wow..nampak sedap...nk try lah nnti..
ReplyDeleteselamat mencuba ye cik karmila..😊
DeleteBoleh nampak kepadatan cokelat. :)
ReplyDeletecoklat lava la katakan..hihi
DeleteAssallmualaijum, nak tanya adunan ni kacau dgn tangan sajer ker?
DeleteTampaknya lezat sekali
ReplyDeleteTerima kasih. Kalau cuba sendiri pun mudah ada untuk membuatnya..
Delete