Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor dan Putrajaya Ambilan Tahun 2017 - 2018

TERKINI (1 Mac 2017) : Permohonan Murid Tahun Satu (1) Bagi Seluruh Negeri Semenanjung Malaysia Ambilan Tahun 2018 - 2019

Bagi ibu bapa / penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada 2 Januari 2010 hingga 1 Januari 2012, pendaftaran murid tahun satu negeri Selangor dan Putrajaya Ambilan Tahun 2017 - 2018 boleh dibuat melalui laman web Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula pada 1 Mac 2016Sistem ini merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila click link di bawah untuk ke laman web SPATKPM :




Untuk makluman semua, mulai tahun 2016 pendaftaran murid tahun satu bagi negeri Selangor tidak lagi menggunakan Sistem Pengurusan Murid Tahun 1 Online negeri Selangor (esppsel) seperti tahun-tahun sebelum ini berikutan penutupan sepenuhnya sistem tersebut pada 4 Januari 2016. Pengumuman ini telah dinyatakan di laman web esppsel.



Pengumuman penting :

1. Permohonan yang telah dilakukan di negeri Selangor pada tahun 2015, mohon untuk ibu bapa / penjaga membuat semakan, pengisian maklumat yang tidak lengkap dan perakuan permohonan melalui https://public.moe.gov.my
2. Permohonan yang telah dilakukan pada tahun 2015 juga tidak perlu membuat pengesahan di sekolah jika ibu bapa / penjaga telah berbuat demikian.


-------------------------------------------------

Sebelum membuat permohonan menggunakan sistem SPATKPM ini, anda digalakkan untuk download dan membaca Manual Pengguna eDaftar Rendah Tahun 1 (eDR) terlebih dahulu bagi mendapat gambaran jelas bagaimana sistem ini berfungsi. 

Manual Pengguna eDaftar Rendah Tahun 1 SPATKPM from ciklaili. com

Segala maklumat lanjut dan masalah berkaitan Permohonan ke Tahun 1 boleh dikemukakan kepada :
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 
(Pertanyaan berkenaan masalah teknikal sahaja)
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
Unit ICT.

E-mel : daftartahun1@moe.gov.my 
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 (WP Putrajaya) Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jalan P16, 
Presint 16, 
62150 Putrajaya.
Talian Utama : +603-8890 3070

E-mel : daftartahun1@moe.gov.my 
Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 (Selangor)Jabatan Pendidikan Selangor,
Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4,
40604 Shah Alam,Selangor.
Talian Utama : +603-55186500 

E-mel : jpn.selangor@moe.gov.my 

Post a Comment

7 Comments

  1. Skang semua dah online.. lain negeri lain sistem ke

    ReplyDelete
  2. Salam nk tanya...lepas kita dah buat pengesahan sklh n cetak surat ....surat tu kita nk hantar ke sklh or simpan je?

    ReplyDelete
  3. Ape dokumen yg perlu sy hantar ke sekolah .untuk tujuan pengesahan ank sy akn bersekolah di sekolah tersebut

    ReplyDelete
  4. assalamualakum,,saya ingin bertanya mengenai prosedur kemasukan ke tahun 12018 krn ank saudara saya akn balik ke malaysia dlm bln 10..dan jika balik akn masuk thn 1 dlm bln 11..boleh trgkan prosedur ringkas itk pendaftaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Anak saudara sudah mendaftar secara online atau belum? Untuk permohonan kemasukan tahun 1 2018 sudahpun ditutup sejak bulan April 2017.

      Saya cadangkan pihak tuan/puan hadir ke sekolah yang ingin dipohon atau ke PPD yang berkenaan untuk mengetahui prosedur yang perlu dilaksanakan memandangkan sesi persekolahan 2018 bakal bermula pada bulan Januari manakala anak saudara hanya akan kembali pada bulan Oktober 2018.

      Delete
  5. assalam..bagaimana saya nak daftar sedangkan tarikh pendaftaran telah ditutup..untuk tahun 1 2019..mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Pendaftaran secara online akan dibuka pada 1 Mac - 30 April setiap tahun.
      Untuk permohonan tahun 1 2019, anda boleh membuat permohonan bermula pada 1 Mac - 30 April 2018.

      Delete