Saya ternanti-nanti juga bilakah keputusan akhir KPLI akan keluar. Seram sejuk dibuatnya. Dah lama saya tidak ambil peperiksaan besar seperti itu. Kali terakhir pada tahun 2002..hampir 7 tahun.
Waktu cuti sekolah baru-baru ni, seorang rakan sekelas saya menghantar sms, bertanya keputusan saya. Aiks..dah dapat keputusan ke? 3 sms saya hantar padanya. Semuanya bentuk soalan :
1. Dah dapat ke? Bila?
2. Siapa lagi yang dah dapat?
3. Macammana keputusannya?
Alhamdulillah, kawan saya itu dapat pangkat cemerlang. Saya pula bagaimana?
Saya bersiap-siap untuk ke sekolah (walaupun waktu itu masih cuti sekolah). Suami yang memandu kereta kerana kami bercadang untuk membeli belah selepas itu. Saya bawa Amir sekali, tetapi saya tinggalkan dia di luar pintu pejabat (kes terlampau ingin tahu keputusan periksa). Kesian anak saya.
Dapat saja sampul pos ekspress itu (saya memang yakin sebab saya sendiri yang tulis nama dan alamat saya), saya ambil gunting dan terus buka sampul tersebut.
Alhamdulillah..saya bersyukur pada Allah. Segala pengorbanan dan doa saya serta suami, anak & keluarga telahpun dimakbulkan. Nak tahu keputusan saya?
Saya lulus dengan pangkat cemerlang
Gambar di atas adalah gambar saya sewaktu majlis konvokesyen UIA tahun 2003 - Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian). Insya Allah tidak lama lagi saya akan terima lesen untuk mengajar pula.
0 Comments