Dulu saya ada beritahu tentang rancangan untuk bercuti di Lost World of Tambun & Cameron Highlands kan? Nampaknya hanya satu rancangan yang jadi - pergi ke Cameron Highlands. Kali ni punyelah saya & suami teruja untuk ke sana. Maklumlah, dah hampir 2 tahun tidak ke sana & yang penting kami cadang untuk bermalam di sana.
Beberapa hari sebelum pergi, saya surf internet untuk booking hotel. Hmm..kebanyakkan hotel semuanya hampir penuh. Pakej percutian yang saya dapat dulu pun belum digunakan lagi. Akhirnya, suami buat keputusan untuk terus pergi & berharap adalah hotel yang masih kosong.
Kami bertolak pukul 10.oo pagi hari Isnin tu. Terasa jauh sangat sebab konon²nya nak elak ikut higway Bidor- Simpang Pulai yang mengambil kos hanya RM7.40. Saya beritahu suami, "balik nanti kita ikut highwaylah..rasa lambat sangat kalau ikut jalan dalam". Suami hanya mengangguk.
Sampai di Cameron Highlands lebih kurang pukul 2 petang. Kami cari hotel yang berhampiran dengan pasar malam Brinchang. Alhamdulillah, rezeki kami. Kami check-in untuk 3H2M & berehat dalam hotel. Rasa sejuk aje waktu sampai tu. Masa nak mandi lagilah..menggigil bila kena air. Malamnya, kami berjalan ke pasar malam. Teringin nak makan jagung manis & strawberry coklat.
Hari ke-2, kami berjalan ke Teh Boh Sungei Palas. Sempat juga masuk ke dalam kilang pembuatan teh Boh tu. Petang tu kami ke pasar malam Brinchang lagi. Belilah sedikit ole² untuk dibawa balik ke Sungai Besar.

Amir dengan gaya Orang Utan
Amir & ayah
Ladang teh
Hari ke-3, kami bertolak balik ke Sungai Besar pukul 11.00 pagi. Balik dari sana, singgah ke IPG Ipoh untuk ambil sijil BTN saya.
0 Comments