Belajar guna DSLR

Anda ada DSLR? Saya ada sebuah. Itupun DSLR yang dah beberapa tahun keluar di pasaran : Nikon D40x. Saya masih belajar menggunakan DSLR ini dengan mengikuti kelas2 fotografi yang diadakan oleh kawan2.

Zaman sekarang fotografi dah jadi satu hobi. Jalan2 ke mana sahaja mesti akan nampak seseorang membawa DSLR. Kalau anda punyai minat yang mendalam, boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan.

Bagi saya, mengambil gambar adalah  satu hobi yang sangat menarik. Saya gemar mengambil gambar dari sudut pandangan  mata hati saya dan sudah semestinya gambar2 itu semua akan dijadikan sebagai kenangan pada masa akan datang. Anda boleh lihat hasil fotografi saya (click sini) atau boleh ke blog fotografi saya : Lensa Laili.

Yang seronoknya, saya dan suami berkongsi minat yang sama. Jemput singgah ke blog Lensa Pujangga. Di sini, saya kongsikan sekeping gambar bunga yang diambil semasa sambutan hari guru yang diadakan di sekolah saya.


Gambar2 lain boleh dilihat di SINI

Post a Comment

0 Comments