Waktu menaip entry ni, saya baru selesai menonton Astro Oasis - Imam Muda Episod 1. Alhamdulillah, ada juga rancangan realiti berkonsepkan Islam selain Akademi Al-Quran. Inilah yang sepatutnya dihidangkan oleh televisyen selain rancangan hiburan. Bukan saya menolak rancangan hiburan, tapi kalaulah ada lebih banyak rancangan realiti seperti ini, alangkah baiknya :)
Secara ringkas tentang rancangan ini - Imam Muda disiarkan setiap hari Jumaat jam 9.00 malam di Astro Oasis CH106. 10 orang peserta yang akan bertanding merebut gelaran Imam Muda adalah seperti senarai di bawah :-
- Ahmad Syakir Zamri, 19 tahun (Kelantan)
- Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21 tahun (Kedah)
- Nik Muhammad Adib Md Amin, 22 tahun (Kelantan)
- Amiril Md Banin, 25 tahun (Kuala Lumpur)
- Nuri Ali Arbain, 25 tahun (Pahang)
- Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26 tahun (Pulau Pinang)
- Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26 tahun (Negeri Sembilan)
- Sharafuddin Suaut, 26 tahun (Sarawak)
- Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27 tahun (Kedah)
- Mohd Taufek Mohd Noh, 27, tahun (Johor)
Episod 1 memaparkan tugasan kepada 10 peserta mengendalikan pengurusan jenazah - memandikan, mengkafankan & menanam mayat. Bila tengok muka masing2 agak cuak & gementar juga tapi alhamdulillah tugasan dapat diselesaikan dengan baik. Untuk minggu ini tiada penyingkiran dilakukan. Tak sabar nak tengok Imam Muda minggu hadapan.
Di sekolah saya, para pelajar diberi peluang untuk belajar tentang pengurusan jenazah & dipertandingkan dalam pertandingan Amal Islami (KAMIL) peringkat zon (di negeri Selangor sahaja). Tahun lepas saya menjadi guru pembimbing bagi acara ini. Walaupun sekolah kami tidak berjaya ke peringkat negeri, tapi ilmu yang diperolehi oleh pelajar dapat digunakan suatu masa nanti, insya ALLAH.

Gambar2 semasa latihan tajhiz jenazah yang dilakukan oleh
2 Comments
bagus la..sekolah skrg nie dah byk improve...dulu belajar pasai pengurusan jenazah nie main teori aje..tak ada pun praktikal...
ReplyDeletememang kena ajar yang praktikal sebab kematian itu satu kemestian bagi setiap orang. kenalah ada yang tahu pengurusan jenazah ni..
ReplyDelete