Ingat lagi tak entry saya tentang Tips Pindah Rumah Baru? Alhamdulillah, hari ni saya dah dapat kunci rumah baru. Berbunga2 hati ni bila dapat pegang kunci tu. Suami masih di Kuala Lumpur, menghadiri kursus pembinaan modul STAM. Jadi, suami suruh saya yang ambil kunci tu. Saya tunggu suami balik ke sini & barulah kami sama2 akan melihat rumah baru.
Di kepala saya asyik berfikir macammana nak hias rumah baru nanti. Puaslah melayari internet, dari satu website ke website lain. Saya singgah juga ke website Deko Bersama Eric, tengok gambar2 yang ada. Memang cantik! Mulalah saya berangan nak buat dekorasi macam Eric juga :) Semasa melayari internet tadi, saya terbaca tentang Adab Pindah Rumah & nak kongsikan maklumat ini dengan anda semua.
Antara perkara yang sepatutnya diamalkan, sesuai dengan ajaran agama dan sunnah Rasulullah saw, apabila memasuki rumah baru, termasuklah :Azan : Para ulama berpandangan bahawa adalah baik bagi kita melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah baru. Ia juga baik bagi rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Ada yang berpendapat sekiranya ia dikosongkan lebih daripada empat puluh hari; ada pula yang berpandangan sekiranya ia di kosongkan lebih daripada lima belas hari. Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali dengan Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
Dalam hadis yang lain pula, Baginda saw bersabda yang maksudnya: "Ketika azan dilaungkan, syaitan akan melarikan diri......" Membaca Surah Al-Baqarah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya: "Jangan la kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah".Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah saw juga menggalakkan agar :Memperbanyak solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah. Baginda bersabda yang bermaksud "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyak salat dan membaca Al-Quran" (Hadis riwayat Al-Baihaqi). Sedapat mungkin, digalakkan juga agar dilaungkan azan pada setiap waktu salat dan bersalat jemaah.
2 Comments
Salam ziarah kenal,
ReplyDeleteWah syoknye msk rmh baru....
msk rmh baru dh ada sistem penulenan air?
jemput ziarah ye...
belum pindah lagi sebenarnya. nak selesaikan urusan api & air dll.
ReplyDeletesalam perkenalan