Beberapa
bulan lepas saya ada membeli sebuah buku bertajuk - Indahnya Hidup Bersyariat. Buku ni ditulis
oleh Dato' Ismail Kamus
& Mohd. Azrul Azlen Ab Hamid dan sangat sesuai dijadikan modul Fardu Ain diri, keluarga &
masyarakat sepanjang hayat. Anda semua patut memiliki buku ini kerana ia lengkap dengan gambar2 bagi memudahkan pemahaman kita
dalam melaksanakan amalan seharian.
Hari ni saya nak kongsi apa yang telah saya baca iaitu tanda seseorang itu menjadi munafik. Sebelum tu kenalah tahu apa maksud munafik.
Munafik dari segi bahasa : orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar. Dari segi syarak : seseorang yang tidak menzahirkan kekufuran dengan cara menyembunyikannya di dalam hati.Berikut adalah tanda2 seseorang itu menjadi munafik :
1. Iman tidak tetap dan tidak teguh
- Diibaratkan seperti lalang yang mudah mengikut arah tiupan angin. Orang seperti ini imannya sentiasa berubah2 mengikut keadaan & mudah terikut2 serta terpengaruh dengan persekitaran.
2. Tindak-tanduk sentiasa berubah
- Boleh diibaratkan sebagai pelakon yang hebat. Bila bersama orang lain contohnya bersama orang yang sedang beribadat, dia turut serta beribadat tapi bila dia tidak berada di khalayak atau bersama orang lain, maka dia tidak pun melakukan amalan tersebut.
3. Tidak tetap kata
- Sentiasa mengubah pendirian. Bila bersama orang Mukmin dia akan memuji2 Islam dengan menyatakan ketaatannya terhadap Islam tapi di belakang orang Mukmin dia akan menghina Islam
4. Sentiasa mengharapkan kebaikannya dibalas
- Jika dia melakukan kebaikan dan berbuat jasa, dia mengharapkan kebaikan itu dibalas dengan balasan yang setimpal seperti wang ringgit atau pangkat
5. Jiwanya tidak tenteram
- Sentiasa resah gelisah kerana terpaksa bersikap pura2 di hadapan orang ramai & tidak dapat melaksanakan kehendak hatinya
6. Menjadikan dunia sebagai matlamat hidup
- Menadikan dunia sebagai tujuan utama dan terlalu cintakan kebendaan. Akhirat bagi orang munafik hanyalah satu mitos & khayalan.
* Moga2 kita semua tidak tergolong dalam golongan ini.
2 Comments
Salam. terima kasih kerana berkongsi ilmu ini. saya link kan ke blog saya, untuk reminder diri saya & sesiapa yg ingin tahu. thanks. :)
ReplyDeleteنور Øنا : wassalam. silakan utk berkongsi ilmu dgn kawan2 yg lain.
ReplyDeleteterima kasih kerana singgah ke blog saya :)