Salam semua. Sedar tak sedar hari ni dah pun masuk 1hb Rejab 1431H. Selepas bulan Rejab akan diikuti bulan Syaaban & Ramadan. Nampaknya tak sampai 2 bulan lagi kita semua akan mula berpuasa. Rasanya anda semua dah tahu bahawa 3 bulan yang merupakan bulan Allah adalah bulan Rejab, Syaaban & Ramadan. Jadi, di sini saya nak kongsi kelebihan2 yang ada dalam bulan Rejab ni :-
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda,
Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt :
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi’raj akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa.
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari iaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab, maka ALLAH SWT akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat.
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insya Allah permintaannya akan dimakbulkan Allah SWT.
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa 8 hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga.
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH SWT akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya.
0 Comments