Hmm..saya tengah tarik nafas lega sebab layout blog saya masih sempat diselamatkan. Kalaulah saya tidak buat back up tadi, dah tentu saya kena membina semula layout ni. Fuh..syukur alhamdulillah. Sebenarnya saya belum tidur sejak malam tadi. Sambil menonton perlawanan bola sepak di antara Brazil vs. Korea bersama suami, saya cuba edit layout, tambah apa-apa yang patut.
Selepas membaca entry DaHLia tentang Beza Views ngan Unique Analytics, saya pun mulalah pergi ke blog yang dicadangkan. Saya nak juga wujudkan READ MORE di setiap entry dalam blog saya. Tapi entah macammana, saya tersilap edit agaknya habis layout jadi kucar kacir. Alamak! mengucap panjang saya jadinya.
Apa2pun saya berhenti dulu selepas mendengar azan Subuh & pergi menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslimah. Mungkin perkara ni terjadi sebab asyik sangat dengan blog, sampai lupa nak berehat. Alhamdulillah, selesai menunaikan sembahyang, saya cuba edit itu ini & akhirnya blog kembali seperti biasa. Macam yang anda lihat sekarang ;)
0 Comments