Dah makan ke belum? Pernah dengar tak nama NASI AMBENG? Oklah, entry kali ni saya nak cerita sikit tentang nasi ni. Sebelum tu, apa kata anda tengok dulu gambar2 nasi ambeng yang dibeli oleh suami tengahari tadi.
Nasi ambeng ni merupakan menu istimewa orang Jawa. Biasanya nasi ni dihidangkan di dalam talam & dimakan beramai2 : mengandungi nasi putih, ayam masak kicap, serunding kelapa, mee goreng dan bahan lain. Kali pertama saya makan nasi ini semasa mengikuti Program Anak Angkat di Kampung Sungai Kelambu, Banting Selangor. Mula2 makan rasa pelik juga sebab makan nasi bersama mee goreng tapi selepas itu saya dah mula suka makan nasi ni.
Kalau anda tengok gambar di atas, lauknya agak berbeza dengan apa yang dinyatakan di atas tadi. Suami tidak beli ayam masak kicap sebaliknya ditukar dengan ayam goreng berempah & ditambah dengan lauk kerabu. Sebungkus nasi ambeng ni dijual dengan harga RM4.00 di tempat saya. Agak sedap juga rasanya sebab nasi ni dilapikkan dengan daun pisang & yang pasti bila makan nasi ni perut memang akan kenyang. Alhamdulillah :)
6 Comments
kalau saya memang tak makan lah camni.sume campo2..hehe
ReplyDeletemenarik nasi ambeng ni.....tapi saya penah tgk nasi ambeng yang di ambang kesedihan....harga mahal skali lauk ikan masin ngan kerisik je...pedia tu...sedih okey.
ReplyDeletehelena : boleh asingkan lauk2 tu. nasi kerabu boleh makan tak? tu lagilah kena gaul semua baru boleh makan
ReplyDelete- d . a . r . i . a . s . u . e - : aduh! betul2 mahal. area mana jual tu?
ReplyDeletexpenah mkn la nai ambeng..penah dengar je..huhu
ReplyDeleteChuyRy : cubalah rasa. sedap tau
ReplyDelete