Sebelum berhenti kerja sebagai 'seseorang' di firma guaman pada tahun 2005, saya pernah menulis satu nota yang diabadikan dalam blog ini. Masa tu saya memang tak sabar untuk berhenti kerja. Memang dah ditakdirkan jodoh saya tak lama di sana. Saya akur dengan ketentuan-Nya. Kini, saya bersyukur & gembira kerana dapat tinggal di kampung & mendidik anak2 bangsa supaya menjadi insan yang berguna di masa akan datang.
Sila baca nota saya ini dengan penuh perasaan :)
Yeah! tinggal 8 hari aje lagi
Tak sabar rasanya nak 'pergi' dari sini
Lepas ni tak payah nak fikir pasal fail² lagi
Pasal client, bank, mahkamah
Pasal itu, pasal ini & apa² ajelah
Semuanya aku akan tinggalkan di sini
Biar padan 'mereka' yang ambil alih kerja aku
Siapa suruh 'kenakan' aku
Me'rasa'lah korang semua!
Yeah! tinggal 8 hari aje lagi
Lepas ni tak payah nak 'bercinta' dalam kereta
Jalan kat KL ni takde yang tak jem
Nak pergi mana² mesti sangkut
Jalan kat kampung mesti tak jam
Balik lewat pun boleh sampai rumah awal
Yeah! tinggal 8 hari aje lagi
Lepas ni tak payah nak bayar parking kereta
Kalau sehari dah kena bayar RM2.80 @ RM3.60
Cubalah darab 20 hari
Lepas ni parking free aje
Dekat kampung tak payah nak bayar parking
* Selamat tinggal Kuala Lumpur. Aku akan merinduimu..~
Melangkah pergi
0 Comments