Brazil kalah ditangan Belanda suku akhir Piala Dunia FIFA 2010

Hmm..ramai yang menjangkakan Brazil akan mara ke perlawanan seterusnya. Tapi, apakan daya Belanda telahpun berjaya menewaskan Brazil dengan 2 - 1.
Malam tadi saya memang bercadang untuk menonton perlawanan ini sehingga habis tetapi entah macammana mata terlelap dengan sendirinya. Hanya sempat menonton beberapa minit pertama. Terasa rugi juga tidak dapat menyaksikan kejayaan Belanda menentang Brazil. 

Saya membaca Berita Harian Online sebentar tadi : Brazil mendahului Belanda 1-0 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan yang berlangsung di Stadium Nelson Mandela Bay. Gol Brazil dijaringkan Robinho pada minit ke-10. 

PENJAGA gol Belanda, Maarten Stekelenburg menyelamatkan sepakan lambung pemain Brazil daripada menggegar jaring pada peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay, malam tadi. - Foto AP

Nasib Belanda berubah ketika memperoleh gol penyamaan selepas hantaran lintang Wesley Sneijder ditanduk pemain Brazil, Felipe Melo pada minit ke-53 ke gawang sendiri. Pada minit ke-68, Belanda berada di hadapan dengan 2-1 apabila sepakan sudut Arjen Robben dihantar ke belakang Dirk Kuyt sebelum Sneijder yang tidak dikawal menanduk masuk.

(Sumber : Berita Harian Online)

Post a Comment

2 Comments

  1. Brazil hilang tumpuan 2nd half..tu belanda boleh score..
    Nasib Brazil..Balik awl..huhu

    ReplyDelete
  2. tak sempat tgk perlawanan semalam. takpe, ada siaran ulangan kan?

    ReplyDelete