Hari-hari yang sibuk

Salam semua. Beberapa hari dalam minggu ni merupakan hari2 yang agak sibuk berbanding minggu sebelum ni. Kenapa agaknya? Mari saya cerita satu persatu :-



1. Hari Isnin - sesi pengajaran & pembelajaran (p&p) berjalan seperti biasa. Minggu depan dah mula Ujian Bulanan 2. Masa yang terluang saya gunakan untuk menyediakan 3 set soalan : Sejarah Tingkatan 5, Tafsir Hadith Tingkatan 2 & Sejarah Tingkatan 2 (bantu guru yang sedang cuti bersalin).

2. Hari Selasa - waktu petangnya ada seminar Sejarah untuk pelajar SPM dari 3.30 - 5.30 petang. Sebagai guru yang mengajar mata pelajaran tersebut, secara automatik saya akan bertugas memastikan kehadiran murid semasa seminar tu diadakan. Penceramah datang dari sekolah lama saya, SMKA Simpang 5. Terima kasih banyak2 cikgu..

3. Hari Rabu - sebelum balik sekolah, kena hadir taklimat untuk perkhemahan unit beruniform yang akan diadakan pada 30 Julai nanti. Nampaknya saya dapat tugas khas selain jadi AJK aktiviti. Agak2 anda boleh teka tak apa tugas khas saya tu?

Saya harap esok (hari Khamis) tidaklah sesibuk hari Isnin, Selasa & Rabu.


*** Hari Jumaat nanti merupakan Hari Interaksi dan Tautan Kasih antara ibu bapa/penjaga dengan guru2 di sekolah saya. Orang yang paling sibuk adalah guru kelas. Tahun ni saya  jadi guru kelas 5 Firdaus. Berdebar juga nak berdepan dengan ibu bapa remaja 17 tahun ni ;)

Post a Comment

1 Comments

  1. Salam..
    Besar pahala jadi cikgu.. :) Saya hormat cikgu-cikgu sekarang, penuh cabaran nak mengadap budak-budak sekarang.

    do stop by at my blog ya :)

    ReplyDelete