Majalah 3 : Kembara Mahkota Johor menaiki keretapi

Sudah lama sebenarnya saya tidak menonton Majalah 3 yang disiarkan setiap hari Sabtu jam 9.00 malam di TV3.  Malam Sabtu lepas Amir tidur awal, jadi bolehlah saya menonton TV dengan gembiranya :)  


Malam tu Majalah 3 memaparkan liputan Kembara Mahkota Johor di mana Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar yang memandu keretapi milik KTM pada 26 - 28 Jun 2010. Memang kagumlah dengan tuanku ni kerana telah direkodkan di dalam Malaysia Book of Record sebagai sultan pertama yang memiliki lesen memandu keretapi.

Duli yang amat mulia Tunku Ibrahim sememangnya terkenal dengan sifat mesra rakyat, jadi tak hairanlah sekiranya kunjungan tuanku kali ni mendapat sambutan yang hangat lebih2 lagi kembara yang menaiki keretapi kali ni melalui kawasan2 luar bandar. Bantuan untuk rakyat juga turut diberikan semasa kembara ini diadakan. Saya sempat snap beberapa keping gambar di TV tadi. Jom tengok! 


Post a Comment

1 Comments