Don't cry for me Argentina
Pagi2 lagi saya dah teringat lagu tu. Nampaknya bukan Argentina menangis untuk saya, tetapi Argentina telahpun menangis kerana ditewaskan oleh Jerman dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Green Point malam tadi. Penyokong2 Argentina sudah tentu berputih mata dengan keputusan 4 - 0. Memang takde peluang langsung untuk pasukan Argentina menjaringkan sebarang gol.
PEMAIN Jerman, Miroslav Klose (kiri) meraikan jaringannya dengan Lukas
Podolski pada perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010 menentang Argentina
di Stadium Green Point, malam tadi. - Foto Reuters
Jerman mendahului menerusi jaringan Thomas Mueller pada minit ketiga. Miroslav Klose menambah gol pada minit ke-68 dan Arne Friedrich pada minit ke-74. Klose sekali lagi menemui gawang seminit sebelum tamat permainan. Berikutan kemenangan itu, Jerman mara ke peringkat separuh akhir dan akan menentang Sepanyol yang mengalah Paraguay pagi tadi.
PENYERANG Sepanyol, David Villa (kanan), menjaringkan gol kemenangan
menentang Paraguay, perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010, di Stadium
Ellis Park, Johannesburg, awal pagi tadi. - Foto AP
Gol kemenangan Sepanyol dijaringkan David Villa pada minit ke-83.
Paraguay sepatutnya mendahului juara Eropah itu pada minit ke-41 tetapi
jaringan Nelson Valdez dibatalkan kerana beliau dikatakan offsite.
Perlawanan semakin rancak pada separuh masa kedua dan Paraguay sekali
lagi terlepas peluang untuk mendahului Sepanyol apabila sepakan penalti
Oscar Cardozo pada minit ke-59 diselamatkan penjaga gol Sepanyol, Iker
Casillas.
Seminit kemudian, Sepanyol pula mendapat sepakan penalti dan Xabi Alonso mudah merembat masuk tetapi pengadil mengarahkan sepakan diambil semula kerana pemain Sepanyol terlalu awal memasuki kotak penalti. Percubaan kedua Alonso ditampan penjaga gol Paraguay, Justo Villa, untuk mengekalkan kedudukan 0-0.
Namun, Villa sekali lagi menjadi wira Sepanyol apabila merembat masuk gol kemenangan ketika permainan berbaki tujuh minit.

Sumber : Berita Harian Online
1 Comments
germany!! anda mmg hebat!!!
ReplyDelete