Salam & selamat pagi semua. Anda menonton perlawanan suku akhir Piala Dunia pagi tadi? Nampaknya pasukan Ghana senasib dengan pasukan Brazil pagi tadi apabila tewas ditangan Uruguay melalui sepakan penalti.
Ia
berikutan keputusan seri 1-1 selepas perlawanan suku akhir Piala
Dunia FIFA 2010 di Stadium Soccer City, tamat sehingga masa tambahan. Sementara itu, Ghana mendahului Uruguay 1-0 pada separuh masa pertama
hasil jaringan Muntari pada minit ke-47.
Manakala, gol pertama Uruguay dijaringkan Diego Forlan pada minit ke-55
apabila sepakan percumanya gagal ditampan penjaga gol Ghana, Kingson.
PEMAIN Uruguay, Luis Suarez (kiri) menampan bola menggunakan tangan
ketika keadaan kelam kabut di gawang pasukannya pada perlawanan Piala
Dunia FIFA 2010 Uruguay menentang Ghana di Stadium Soccer City,
Johannesburg, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Ghana dihadiahkan sepakan
penalti berikutan kesalahan itu. Keputusan Uruguay 4, Ghana 2 (sepakan
penalti).
Sumber : Berita Harian Online
0 Comments