Dalam hidup anda, agaknya berapa kali anda pernah menghadiri temuduga? Tak kiralah temuduga untuk lantikan sebagai pengawas sekolah, sambung belajar atau temuduga kerja. Hari ni saya nak kongsi panduan menghadiri temuduga untuk memohon sesuatu jawatan. Yang paling penting ialah calon temuduga perlu mempersiapkan diri dengan kualiti yang amat dititikberatkan majikan ketika menemuduga seseorang. Antaranya :
1. Skil komunikasi
Walaupun mempunyai kelemahan dari segi bahasa, calon tidak harus menunjukkannya sebaliknya bersikap yakin ketika bertutur.
2. Kejujuran dan integriti
Jujur antara sifat penting yang diambilkira majikan dan integriti pula adalah tambahan kepada sifat yang sedia ada.
3. Skil kerja berkumpulan
Keupayaan melakukan kerja secara berkumpulan sering diberi perhatian oleh majikan.
4. Skil ‘interpersonal’
Kemahiran ini menjelaskan peribadi seseorang calon sama ada sesuai dengan jawatan yang ditawarkan atau tidak.
5. Inisiatif dan motivasi
Majikan melihat calon yang layak apabila memiliki semangat ingin bekerja dan bermotivasi.
6. Etika kuat kerja
Perkara ini bersangkut paut dengan sikap calon sama ada mengikut prosedur kerja dan mahu berusaha untuk berjaya atau tidak.
7. Skil analitikal
Semakin diberi perhatian majikan yang menilai keupayaan analitikal seseorang calon.
8. Penerimaan dan fleksibel
Ini menjelaskan sama ada calon itu mudah menerima arahan dan sanggup melakukannya atau tidak.
9. Skil komputer
Kemahiran komputer yang semakin perlu berikutan zaman ini yang menitikberatkan teknologi.
10. Keyakinan diri
Calon perlu dilihat berkeyakinan dan mampu menjawat jawatan yang ditawakan.
** Selamat menghadiri temuduga. Anda pasti BOLEH!
2 Comments
Nice friend..visit mine if free k ;D
ReplyDeleteboleh lah aku nnti lepas ni nak cari keje..hu3
ReplyDelete