Sesi fotografi di sekolah

Pagi ini saya akan ke sekolah seperti biasa, walaupun hari ini adalah hari Sabtu. Sebenarnya hari ni merupakan sekolah ganti sempena hari raya aidil fitri nanti & mengikut jadual hari Jumaat. Nampaknya hari ni balik sekolah lebih awal - dalam pukul 12 tengahari.

Semalam telah diadakan sesi fotografi untuk guru2 dan kakitangan sekolah saya. Agak terkejut juga bila Guru Penolong Kanan bertanyakan saya, sama ada saya ada membawa 'si hitam manis' saya tu ke sekolah. Rupa2nya saya telah ditugaskan untuk mengambil gambar yang bakal dijadikan sebagai kad raya sekolah kami.

Agak riuh rendah juga waktu saya memasang tripod dan si hitam manis saya tu. Pelajar dari bangunan blok A masing2 memanggil nama saya. "Cikgu Laili..kami pun nak bergambar juga..". Sesi fotografi ni diadakan pada waktu rehat, jadi pelajar boleh melihat aksi & gelagat guru2 semasa mengatur kedudukan masing2.


Disebabkan saya tak mahu menghampakan harapan pelajar, saya pergi berjumpa dengan pengetua untuk memberi kebenaran membuat sesi fotografi bersama pelajar pada hari ini. Alhamdulillah, pengetua mengizinkan dan menetapkan masa sesi fotografi pada pukul 8.00 - 8.30 pagi. Untuk melicinkan sesi fotografi ini, saya telah buka pendaftaran bagi kelas2 yang berminat dan mereka telah diberikan giliran untuk sesi tersebut. Kalau tak sempat habis, mungkin akan disambung minggu depan.

Post a Comment

0 Comments