Kad raya bukan pilihan masa kini

Entry kali ni saya nak ajak anda mengingati peristiwa lalu. Anda  masih ingat lagi tak sepuluh tahun sebelum ini, setiap kali datangnya bulan puasa anda sudah mula singgah ke kedai buku atau mana2 tempat yang menjual kad raya? Masa tu anda akan pilih kad yang sesuai untuk ayahanda, ibunda, kakanda, adinda dan tak lupa juga kad untuk si dia. Pelbagai saiz yang dijual termasuk jugalah kad yang ada muzik. Bukan setakat saiz dan muzik saja yang anda pilih, tapi kata2 yang ada dalam kad itu juga anda baca dan amati setiap baris ayatnya. Hmm..anda masih ingatkah?


Saya pernah habiskan masa hampir sejam untuk memilih kad yang sesuai diberikan kepada orang2 tersayang & sahabat handai. Bagi saya, setiap kad raya yang dihantar mestilah menggambarkan isi hati saya. Dengan kata lain, kad raya tu sebagai pengganti diri untuk menyampaikan apa yang tersirat di hati saya. Saya gemar juga kad raya yang berunsur kartun, lebih2 lagi yang ada mesej tersirat.

Tapi..sejak adanya hp (pelbagai jenis yang canggih manggih),  laman sosial seperti facebook, friendster, myspace dll kad raya dah semakin dilupakan. Tahun ini saja saya hanya dapat 2 keping kad raya - itupun dari anak2 murid (untung juga jadi cikgu, masih ada yang sudi bagi). Nampak sangat kad raya semakin dipinggirkan.

Mungkin juga kad raya lebih sukar prosesnya berbanding e-card dan SMS. Harga setem untuk sekeping kad raya RM0.50. Cuba anda darabkan dengan 10 keping kad raya, jumlah RM5.00. Tapi, jika anda hantar ucapan SMS hanya dikenakan bayaran sebanyak RM0.15, boleh dihantar pada bila2 masa (pagi, petang, siang & malam) & sudah pasti cepat sampai kepada penerima. Begitu juga dengan e-card, anda hanya bayar perkhidmatan internet yang digunakan dan yang penting anda boleh reka e-card sendiri.

Pada saya mana2 pun pilihan anda, kad raya, SMS atau e-card, tujuannya tetap sama - untuk ucapkan selamat berpuasa, berhari raya & mohon maaf zahir & batin. Betul, kan?

** Ucapan melalui blog pun boleh diterimapakai juga :)

Post a Comment

0 Comments