Entri ni khas untuk anda yang sedang mencari calon suami / isteri. Panduan ini saya ambil dari facebook seorang kawan. Sama-salah kita baca 10 sifat calon suami / isteri yang baik.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat seperti ini dan jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang diharapkan oleh wanita seperti berikut :
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan / lelaki lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap, membuat kerja atau semasa kecemasan.
11 Comments
insya-Allah PM akan menjadi seorang suami yang baik untuk isteri...:)
ReplyDeleteAlhamdulillah... ada pada hubby saya :)
ReplyDeletesemoga gua dapat bakal-bakal bini yang baik. hehe..:)
ReplyDeletetips yang menarik..Ciklaili punya baju pengantin cantik..warna hijau gtu..lembut :)
ReplyDeletesaya akan cuba menjadi lelaki yang macam ni..walaupun ada 2 3 perkara lagi yang tak cover..akan di cuba lepas ni..In Sya Allah..
ReplyDeletesi dia dah ckup sempurna tap saya yang byk cacat celanya. so rasanya tak leh kahwin lg ni
ReplyDelete:)
Kalau ada kekurangan terimalah seadanya dan beri peluang untuk pasangan membaiki diri.
ReplyDeleteKu lihat hijau....
ReplyDeleteSentiasa membaiki diri untuk kebaikan..
ReplyDeleteAlhamdulillah..suma yg kt atas tu ade pd suami..bln mac ni genap 8thn usia perkahwinan kami..di kurniakan dgn 3 hero..
ReplyDeletecantik ciklaili atas pelamin..sama tema warna hijau masa belah suami dlu....
tips yang bagus terutamanya utk bakal pengantin
ReplyDelete