Keputusan Percubaan SPM subjek Sejarah menggalakkan

Alhamdulillah, saya baru selesai mengira markah percubaan SPM bagi ketiga-tiga kelas yang saya ajar - 5 Firdaus, 5 Ma'wa & 5 Naim. Di sekolah saya, jumlah calon SPM tahun 2010 seramai 66 orang & 2 orang calon menumpang yang datang dari sekolah lain. 

Hmm..saya boleh menarik nafas lega kerana lebih 20 orang pelajar mencapai keputusan A dan A- dan selebihnya B, C dan D dan pelajar yang gagal hanya 5 orang. Dari  segi peratus kelulusan, memang ramai yang menunjukkan peningkatan. Alhamdulillah..


Ucapan untuk anak2 murid tersayang : "Syabas & tahniah cikgu ucapkan untuk calon yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Yang kurang berjaya, teruskan usaha.."

Post a Comment

0 Comments