Tatkala
entri ni ditaip, saya terasa senyuman saya sudah hampir sampai ke
telinga. Apa maknanya tu? Sudah tentulah saya tersenyum gembira. Adakah
sebab saya terlepas dari syarat tersebut atau sebab lain? Saya akan
ceritakan satu persatu. Sabar...teruskan membaca ye :)
Dalam perhimpunan UMNO yang diadakan baru-baru ni, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran,
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa mulai tahun 2013
semua calon SPM wajib lulus subjek Sejarah sebagaimana subjek Bahasa
Melayu. Ini bermakna untuk layak mendapatkan sijil SPM, calon mestilah
lulus kedua-dua subjek iaitu bahasa Melayu dan Sejarah.
Pengumuman
TPM ini sangatlah bersesuaian pada masa ini kerana kebanyakan pelajar
menganggap subjek ini sebagai subjek yang membosankan (mempelajari
sesuatu yang telah berlaku) & berikutan itu pelajar gagal memahami
sejarah negara sendiri.
Sedikit dari petikan berita yang diambil : Timbalan Perdana Menteri itu berkata, kementeriannya akan membuat
penambahbaikan kandungan mata pelajaran Sejarah dengan memberi penekanan
terhadap aspek-aspek berkaitan Perlembagaan negara."Ini bertujuan untuk membentuk kefahaman yang mendalam terhadap pembentukan negara bangsa yang kita cintai ini," katanya.
** Apa
yang membuatkan saya tersenyum? Kerana saya merupakan salah seorang
dari ribuan guru yang mengajar subjek Sejarah (SPM) di seluruh Malaysia
dan sudah tentulah saya rasa gembira jika subjek Sejarah dijadikan
sebagai subjek wajib lulus SPM.
1 Comments
dh ok cadagan tu..Pendidikan Islam juga adalah wajib bagi UPSR perlu dilaksanakan...Kalu sejarah dapat dicadangkan pada 2014 utk UPSR..knp Pendidkan Islam x ekkk utk UPSR bg beragama islam..
ReplyDelete