Ini entry lama yang pernah saya kongsikan di dalam blog sebelum ini. Artikel ini saya terima dari e-mel. Kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua. Baca dan hayatilah :
20 perkara WANITA harus tahu tentang LELAKI
- Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
- Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
- Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
- Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
- Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
- Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita, sebab itu mereka suka melihat wanita.
- Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
- Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
- Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
- Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
- Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate' atau terlalu cemburu, datang dari sekolah all boys!
- Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila wanita asyik menyebut nama lelaki lain.
- Lelaki tak boleh belajar kesemuanya tentang wanita dari perpustakaan atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap wanita dan tak faham kenapa wanita bersikap begitu dan begini.
- Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan wanita supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
- Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yg istimewa, yang lain hanya kawan.
- Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih, cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
- Bila seorang wanita meminati seorang lelaki, wanita itu patut bagi hint! Mana tahu lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
- Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
- Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari wanita yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata wanita.
- Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, wanita janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.
0 Comments