Hari ini secara rasminya sekolah saya sudah mula bercuti sempena cuti hari raya aidil adha (hari raya korban) dan cuti sekolah akhir tahun. Pelajar2 tingkatan 5 (calon SPM 2010) sudah ramai yang datang ke bilik guru untuk memohon maaf dari guru2 sempena SPM yang bakal bermula pada 23 November ini (sila click sini untuk melihat Jadual SPM 2010).
Anda sudah baca buku ini? |
Saya sekeluarga belum merancang destinasi mana yang dipilih untuk bercuti sempena cuti sekolah ini. Teringin juga mengulangi percutian di Pulau Pangkor, tak pun bersejuk2an di Cameron Highlands atau ke destinasi lain tapi tarikh & masa belum ditentukan lagi. Kalau ikut takwim sekolah 2010, cuti akhir tahun 2010 akan bermula pada 19 November 2010 hingga 2 Januari 2011. Dalam tempoh cuti sekolah ini macam2 aktiviti bersama keluarga boleh dijalankan.Di samping itu, kad jemputan ke majlis perkahwinan juga telah saya terima.
** Mungkin link dibawah ini dapat membantu anda terutama guru2 dan ibu bapa bagi perancangan tahun hadapan :
1. Takwim Sekolah | Kalender Persekolahan Tahun 2011
2. Senarai Cuti Umum Malaysia 2011
Untuk semua pembaca blog Catatan Kehidupan Laili, saya ingin mengucapkan :
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha &
Selamat Bercuti Kepada Pelajar & Rakan2 Guru Semua
** Mungkin link dibawah ini dapat membantu anda terutama guru2 dan ibu bapa bagi perancangan tahun hadapan :
1. Takwim Sekolah | Kalender Persekolahan Tahun 2011
2. Senarai Cuti Umum Malaysia 2011
0 Comments