Resepi Ikan Goreng Celup Tepung

Jika saya sekeluarga pergi ke Terengganu, tempat yang paling kami takkan lupa untuk singgah ialah di Batu Rakit - untuk makan ikan dan sotong goreng celup tepung. Memang sedap! Ditambah pula kedai yang menjual makanan tersebut terletak di tepi pantai. Sambil makan, sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa tu.

Hari ni saya dan suami terasa hendak makan ikan goreng celup tepung. Suami dan Amir sama-sama menolong saya memasak di dapur. Alangkah seronoknya ketika waktu cuti ini kerana dapat melakukan aktiviti bersama. Di sini saya ingin kongsikan resepi ikan goreng celup tepung untuk anda cuba.

* Resepi ini boleh juga digunapakai untuk udang dan sotong.


Bahan-bahan :
6 ekor ikan kembung segar
1 sudu teh serbuk kunyit
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 biji telur
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak :
1. Masukkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, telur, garam dan air. Kacau rata. (Jika terlalu pekat tambahkan sedikit air)
2. Celupkan ikan dan goreng sehingga garing.
3. Sedia dihidangkan.

* Sedap dimakan waktu ikan goreng masih panas.


Post a Comment

0 Comments