Hari ni saya ingin kongsikan resepi nasi hujan panas yang pernah dimasak pada hari raya dan diberikan kepada keluarga saya dan mertua. Memang sangat mudah untuk menyediakan nasi ini dan ia sesuai dijadikan juadah istimewa untuk keluarga tersayang.
Nasi hujan panas ini boleh dimakan bersama ayam masak merah, daging masak kurma atau apa saja lauk yang bersesuaian. Semasa memasak pada hari raya, saya gunakan 1kg beras Basmathi, tengoklah sampai penuh rice cooker saya tu.
Nasi hujan panas ini boleh dimakan bersama ayam masak merah, daging masak kurma atau apa saja lauk yang bersesuaian. Semasa memasak pada hari raya, saya gunakan 1kg beras Basmathi, tengoklah sampai penuh rice cooker saya tu.
Nasi yang telah dititikkan dengan pewarna merah, kuning dan hijau
Resepi Nasi Hujan Panas
Bahan-bahan (untuk 3 - 4 orang makan) :
3 cawan beras Basmathi
3 cawan air
3 sudu makan minyak sapi (boleh guna marjerin)
2 sudu makan minyak masak
2 helai daun pandan
1/2 cawan susu cair
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sudu teh pewarna merah, hijau & kuning
3 labu bawang besar (dikisar)
6 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
garam secukup rasa
Cara memasak :
1. Cuci beras dan ditoskan.
2. Panaskan minyak masak dan minyak sapi/marjerin.
3. Tumiskan buah pelaga, bunga cengkih, kulit kayu manis dan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
4. Masukkan beras, susu cair, air dan garam.
5. Apabila nasi kering, titikkan pewarna merah, hijau dan kuning di tempat berasingan.
6. Apabila nasi masak, gembur-gemburkan nasi itu.
35 Comments
Wahhh... nasi tu, kalo dh gemburkan baru cantikkan? Colourful sgt!
ReplyDeleteha'a..mmg berwarna-warni. sebab tu namanya nasi hujan panas
DeleteNampak istimewa nasi hujan panas boleh bayangkan warna-warni butir nasi.
ReplyDeleteinilah menu makan tengahari kami sempena cuti hari ni. yang agak istimewa hari ni suami yang masak untuk kami sekeluarga - menambahkan skill memasak. saya hanya jadi pembantu & jaga anak (umur 1 tahun).
Deletemacam ala nasi beriani...tapi memang nampak sedap..
ReplyDeleteKEMPEN: CARA TUTUP AURAT DENGAN BETUL !
jangan lupa cuba resepi ni ye. suami pun boleh masak juga :)
Deletebookmark la , nanti bila2 boleh buat .. rajin suami ciklaili masak ye ..
ReplyDeletekami biasa masak bersama-sama bila hari cuti & bagi peluang suami untuk memasak. 2 orang anak lelaki saya pun turut ke dapur juga - belajar masak dengan ibu & ayah. bila besar nanti tidaklah kekok untuk masak dan bantu isteri di dapur..
Deletehaishhhh sedapnya, mesti kene coba ni nyum2
ReplyDeletebelum cuba, belum tahu..kenalah cuba masak nasi ni dulu. hehe!
DeleteResepi original yang dimodenkan.. Menarik :)
ReplyDeletetak tahu resepi originalnya macammana tapi inilah yang biasa saya masak.
DeleteCantik warna nasinya. Kena try ni.
ReplyDeleteNasi warna warni..
DeleteBestnya...I suka resepi...hihi..
ReplyDeletejangan lupa cuba ;)
Deletetengok je dah sedap..senang je rpenye..nanti ada masa nak try jugak la..
ReplyDeleteha'a..mudah je. orang lelaki pun boleh masak nasi ni..
Deletewahh..sedap ni:)- ns ni mmg sdp makan dengan ayam masak masak merah..
ReplyDeletememang sedap..!
Deleteok bole cuba ni..anak2 mesti suka
ReplyDeletedah cuba nanti boleh kongsi gambar nasi hujan panas dlm blog kak Ain pula..
DeleteWaa..Sedapnya nasi hujan panas dimakan dengan ayam masak merah..dah lama tak makan..hehe :)
ReplyDeleteha'a..biasanya kami mmg masak nasi hujan panas & lauknya pula ayam masak merah..
Deletepandai suami ciklaili memasak yer...PM kalau bab2 di dapur memang fail...hehe
ReplyDeletealhamdulillah..suami pandai masak berkat belajar di luar negara dulu agaknya..
DeletePM cubalah belajar masak dengan isteri..belum cuba, belum tahu, kan?
kasi alamat.. tahun ni turn beraya kat sg besar.. nak rasa!! yeayyy!!!
ReplyDeletenak dekat2 raya nanti baru bagi alamat, boleh?
Deletememang mahu mencuba suatu ketika nanti...
ReplyDeletesila cuba..senang je cara nak masak nasi ni
Deletesalam. sy masa gak bosan dg menu nasi ayam bila hujung minggu ypi klu kena resepi lain molek gak tukar2 selera
ReplyDeleteSelamat mencuba..
Deletewah warna dia mampu menarik hati.sudah macam pelangi cintalah admin
ReplyDeletewahh, warna-warni lagi tu nasinya..
ReplyDeletemenarik sungguh..berwarna-warni..nk cuba buat lah nanti..tq sharing
ReplyDelete