Menghasilkan Gambar Yang Menarik Dan Bermakna

Apabila melihat sesuatu gambar, sudah pasti kita akan menafsir gambar tersebut dengan tafsiran tersendiri. Bak kata pepatah : sekeping gambar mampu memberi 1000 pengertian. Tapi..tahukah anda bagaimana menghasilkan gambar yang menarik dan bermakna? 

Berikut sedikit tip fotografi untuk dikongsi bersama :
  • Mengambil gambar yang menarik dan bermakna bukan hanya nasib tetapi dihasilkan dengan cara yang dirancang.
  • Ambillah apa saja gambar yang anda rasa dan terlintas difikiran, dan BUKAN apa yang anda lihat atau fikir. Ini dinamakan ekspresi diri.
  • Mengambil gambar hanya perkara yang nampak menarik sahaja biasanya mendatangkan rasa buntu jika tiada perkara yang menarik berlaku.
  • Mengambil gambar sama seperti mengarang cerita. Keupayaan setiap orang mengarang cerita adalah berbeza dan mempunyai cara tersendiri.
  • Tidak perlu terikut-ikut cara orang lain, ikut cara sendiri dan yakin dengannya.
  • Ada orang yang memang mempunyai jiwa seni, ada juga yang kurang berseni.
  • Orang yang baru berjinak-jinak dengan fotografi lebih mementingkan kamera dan teknik-teknik fotografi.
  • Perlu fahami peraturan dan asas fotografi terlebih dahulu. Ini akan dapat menguatkan lagi maksud gambar yang diambil.
  • Kemahiran fotografi perlu diasah supaya mendapat identiti jurugambar yang tersendiri.
  • Berlatih dan terus berlatih menghasilkan gambar yang menarik dan bermakna.
2 contoh gambar yang menarik dan bermakna.
(anak-anak murid saya jadi model untuk gambar-gambar ini) 


    Kredit : Kelas Asas Fotografi Kolej Komuniti

    Post a Comment

    31 Comments

    1. suka bidang fotografi ni..minat ^^

      http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/

      ReplyDelete
      Replies
      1. bidang ini amat luas..teruskan belajar & mencari ilmu tentangnya..

        Delete
    2. Saya suka ambil gambar kandid dan gambar bangunan.

      ReplyDelete
      Replies
      1. perasan juga bila saya membelek gambar2 dalam blog akubiomed :)

        Delete
    3. tips yg baik..terima kasih ciklaili....
      jom komen gambar eca boleh tak?
      http://www.ecadwinkyasha.com/2013/02/wordless-wednesday-74.html

      ReplyDelete
    4. saya cuma berpeluang menggunakan Galaxy s3 untuk tangkap gambar. bolehlah juga.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Galaxy S3 pun terbaik juga. jangan jemu untuk terus mengambil gambar ye..

        Delete
    5. tips yang menarik kepada photografer beginner..

      ReplyDelete
      Replies
      1. tak rugi jika berkongsi ilmu fotografi dengan pembaca blog ciklaili.com

        Delete
    6. cantik gambar2 ni... alahai, sekolah saper laaaa ni yea.. :)

      ReplyDelete
      Replies
      1. gambar silat tu diambil di padang sekolah. gambar KRS tu pula berlatarbelakang warna bangunan sekolah yang lama. sekarang sekolah kami sudah dicat dengan warna kuning..

        Delete
    7. Gambar itu satu seni.. hehe..

      ReplyDelete
    8. yup..memang menarik..balance antara tanah dan langit..itulah kombinasi yg baik untuk gambar..

      ReplyDelete
    9. gambar yang penuh dgn suasana keceriaan lepas grad..hehe

      ReplyDelete
      Replies
      1. gambar2 ni diambil semasa perkhemahan unit beruniform sekolah saya.

        Delete
    10. memang asah otak untuk sentiasa kreatif cari angel / sudut pandang yang menarik

      ReplyDelete
      Replies
      1. bergantung kepada jenis gambar juga. kalau gambar makanan, ada teknik yang lain..saya masih belajar :)

        Delete
    11. klu rajin ikut tips org pro insyallah gambar memang cantik

      ReplyDelete
    12. Baru saja grab sebuah Nikon D5100, masih terkial2...

      ReplyDelete
      Replies
      1. takpe..mula2 memang rasa terkial2. dah lama2 nanti tentu mahir menggunakannya..

        Delete
    13. cantik2 gambar nya ciklaili , ada pergi kelas fotografi ye ?

      ReplyDelete
      Replies
      1. pernah pergi 2 kali je. lepas tu try & error. di sekolah saya selalu jadi guru dokumentasi. masa itulah saya ambil peluang untuk memahirkan diri menggunakan DSLR..

        Delete
    14. teringin juga nak memiliki kamera DSLR suatu hari nanti agar gambar yang terhasil secantik gambar2 cik laili...:)

      ReplyDelete
    15. saya tak minat camera..saya minat tengok gambar sahaja..lawa gambar² ni..

      ReplyDelete
    16. Menarik, rasanya sesuai juga tips ni digunakan untuk kaki travel. :D

      ReplyDelete