Saya belum beritahu di mana tempat percutian kami kali ini, kan? Sabar..saya akan cerita dalam entri akan datang - lengkap dengan gambar-gambar lagi. Tunggu..!
Alhamdulillah..percutian akhir tahun 2010 kami sekeluarga berjalan dengan lancar. Semalam, puas bergambar di sekitar tempat yang kami kunjungi. Malangnya, belum ada gambar kami bertiga. Mungkin pagi ini nak minta tolong pekerja tempat kami menginap ambilkan gambar kenangan kami bertiga sebelum balik nanti.
Aktiviti pagi semalam : Amir sedang beri makanan pada arnab |
Oh ya! Tahniah kepada pasukan bola sepak negara di atas kejayaan malam tadi dan disebabkan kemenangan ini Perdana Menteri sudahpun mengumumkan bahawa hari Jumaat ini cuti. Hmm..rugilah saya kerana sememangnya waktu ini masih di dalam cuti sekolah hingga hari Ahad nanti.
Malam tadi, saya hanya sempat menonton beberapa minit sahaja (sambil makan malam) perlawanan bola sepak di antara Malaysia dan Indonesia. Suami bersama dua orang penyokong Indonesia (pekerja di tempat ni) menonton perlawanan sehingga habis. Nasib baiklah Malaysia menang, kalau tidak mungkin kami tak dapat sarapan pagi ini. Hehe! Hanya gurauan..menang atau kalah mereka kena juga sediakan sarapan.
Oklah, entri ini akan disambung setelah saya selamat sampai ke rumah petang nanti. Adios :)
0 Comments