Emosi merupakan aspek penting dalam kehidupan seseorang. Tanpa emosi, diri manusia tidak lengkap. Emosi merangkumi pelbagai perasaan termasuk negatif dan positif. Melalui emosi, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan yang tercetus dalam dirinya. Malah, ia membantu kanak-kanak membina idea baru, matlamat dan perancangan. Berikut adalah emosi kanak-kanak yang perlu difahami oleh ibu bapa :
Amir dengan cermin mata hitamnya
Gembira
Membantu kanak-kanak berfikir bagaimana melahirkan rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap mengenai sesuatu yang disukai sepanjang hari penerokaan dalam persekitarannya.
Marah
Membantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk mendapat sesuatu yang diinginkan dengan melahirkan perasaan geram dalam bentuk yang bersesuaian.
Takut
Rasa terancam iaitu suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari aspek fizikal dan psikologi.
Sedih
Perasaan kehilangan iaitu tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanak-kanak berusaha lebih untuk mendapatkan apa yang diinginkan dan berfikir bagaimana mengatasi rasa sedih.
Geli
Selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan, suatu yang semulajadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati dan tidak berminat untuk mendekati dan mengambilnya.
Cemas
Ia membantu kanak-kanak berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu yang terbaik.
Malu
Manjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan mengelak bersikap di luar batasan.
Bangga
Tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati dan dihargai oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan oleh ibu bapanya.
Sumber : Majalah Pa&Ma Disember 2009
0 Comments