Rezeki Berganda Lepas Cash Out Earning Nuffnang

Nampaknya rezeki saya mencurah2 untuk bulan Disember ini.  Syukur, alhamdulillah. Dimulakan dengan cerita Cash Out pendapatan Nuffnang kali ke-2 dengan jumlah earning yang boleh digunakan untuk belanja keluarga makan besar. Lepas tu dapat pula Buffered Earnings yang sememangnya saya tunggu sejak bulan puasa yang lepas. Ditambah pula dengan rezeki yang kerajaan Malaysia bagi iaitu wang saguhati RM500!

Rezeki bulan Disember ditambah lagi dengan kehadiran Buffered Earnings berganda dari Nuffnang. (err..lagi2 cerita tentang Nuffnang. Jangan serik singgah ke blog ini lagi ye. Saya sekadar berkongsi kegembiraan dengan pembaca blog ni saja).

Buffered Earnings berganda yang diterima kedua-duanya dari iklan Digi untuk LB : Digi iPhone 4 Sustenance dan Digi iPhone Music & Yellow Man App.

Maklumat lanjut di sini
Jom tengok pulak Buffered Earnings dan earning terkini setelah saya cash out untuk kali ke-2 pada 29/11/2010.

Tu dia..ada 3 Buffered Earnings



Hampir mencecah RM10
* Patutlah asyik gatal tapak tangan kanan je :)

Post a Comment

7 Comments