Sesi persekolahan 2011

Bila saya melihat kalender, hanya tinggal seminggu saja lagi sesi persekolahan 2011 akan bermula. Bagi mereka yang mempunyai anak yang masih bersekolah, sudah pasti persiapan ke sekolah sudahpun lengkap - pakaian, kasut, beg, buku-buku dan sebagainya. 

Bagi anak saya pula, hanya beg sekolah sahaja yang telah dibeli. Saya kurang bimbang kerana pakaian dan buku-buku akan diberikan oleh pihak sekolah semasa hari pendaftaran. Oh ya! Amir akan mendaftar ke sekolah yang sama seperti tahun lepas dan akan masuk ke kelas 5 tahun. Itu kisah anak, bagaimana pula kisah saya untuk sesi persekolahan baru? 

Minggu lepas saya telah menghadiri mesyuarat guru dan telah diberi taklimat untuk perancangan sekolah bagi tahun depan. Jadual mengajar juga telah diberikan dan  tahun depan saya akan mengajar dua kelas tingkatan 1 (Tafsir & Hadith), satu kelas tingkatan 4 (Sejarah) dan tiga kelas tingkatan 5 (Sejarah). Jumlah masa mengajar sebanyak 21 masa. Nampaknya tahun ini merupakan tahun terakhir saya menjadi guru kelas. Pasti terasa lain sedikit kerana sudah biasa menguruskan yuran sekolah, menanda kedatangan dan mengambil berat kebajikan pelajar.

Contoh Buku Rancangan Mengajar
Selain jadual waktu, Buku Rancangan Mengajar juga telah diberikan kepada guru-guru selepas selesai mesyuarat. Seperti biasa, buku ini perlu dilengkapkan sebelum sesi persekolahan dibuka. Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) juga telah saya sediakan untuk subjek yang bakal diajar. 

Tak sabar rasanya nak berkenalan dengan pelajar tingkatan 1, mengajar pelajar tingkatan 4 yang mungkin sedang membuat pilihan untuk pindah sekolah atau tidak (baru lepas menerima keputusan PMR) dan begitu juga dengan pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM tahun depan. Harapan saya, moga sesi persekolahan tahun 2011 akan berjalan lancar mengikut perancangan yang telah dibuat. Amin..

Post a Comment

2 Comments

  1. kenapa akak ckap tahun terakhir jd guru kelas??? hehehe..nak naik pangkat ek??

    ReplyDelete
  2. sama je pangkatnya. cuma ringan sikit tanggungjawab tak jadi guru kelas. hehe!

    ReplyDelete